FAQ
Tempat Kerja (TK)
Soalan lazim berkaitan tempat kerja.
Loji
Soalan lazim berkaitan loji dan jentera.
Orang Kompeten (OYK)
Soalan lazim berkaitan orang kompeten.
Soalan Umum
Akaun & Log Masuk
Saya telah terlupa kata laluan?
- Sila klik pautan “Lupa Kata Laluan?” pada paparan Log Masuk MyKKP.
- Sila masukkan ID Pengguna dan klik butang Hantar.
- Sila semak e-mel yang telah didaftarkan dengan MyKKP untuk mendapatkan pautan bagi proses kata laluan.
- Klik pautan berkenaan dan paparan bagi Tukar Kata Laluan akan dipaparkan.
- Masukkan kata laluan baru dan ulangan kata laluan, seterusnya klik butang Kemaskini.
- Popup mesej “Kata laluan Berjaya dikemaskini” akan dipaparkan.
Saya telah mendaftar. Tetapi ketika log masuk, sistem memaklumkan bahawa login ID dan Kata Laluan tidak tepat.
- Sila semak sama ada pengaktifan akaun MyKKP telah dibuat menerusi verifikasi akaun MyKKP.
- Sekiranya masih gagal log masuk walaupun verifikasi akaun MyKKP telah dibuat, sila hubungi pasukan teknikal menerusi e-mel mykkp@mohr.gov.my atau hubungi no. telefon 03-6419 2525.
Saya ingin menggunakan No. Kad Pengenalan saya untuk mendaftar 2 ID pengguna MyKKP.
Satu No. Kad Pengenalan hanya boleh digunakan untuk mendaftar 1 ID pengguna MyKKP.
No. Kad Pengenalan saya telah didaftarkan oleh pengguna lain.
Mohon hubungi pasukan teknikal menerusi e-mel mykkp@mohr.gov.my beserta bukti pengenalan diri seperti salinan MyKad untuk semakan pihak teknikal selanjutnya.
E-mel & Pengaktifan
Saya tidak menerima e-mel pengaktifan.
- E-mel pengaktifan akan dihantar secara automatik ke inbox e-mel yang telah didaftarkan dengan sistem MyKKP selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan.
- Pengguna dikehendaki menyemak ruangan e-mel Spam atau Junk Mail di dalam e-mel peribadi sekiranya masih tidak menerima e-mel dalam tempoh 5 minit.
- Sekiranya e-mel pengaktifan masih tiada, sila e-melkan kepada mykkp@mohr.gov.my atau hubungi no. telefon 03-6419 2525. Sila pastikan e-mel peribadi yang didaftarkan adalah e-mel yang sah dan masih aktif.
Saya tidak menerima sebarang e-mel pemakluman Aktiviti MyKKP.
Pengguna dikehendaki menyemak ruangan e-mel Spam atau Junk Mail di dalam e-mel peribadi. Rekod aktiviti semasa MyKKP masih boleh disemak dalam akaun MyKKP pengguna.
Saya ingin menukar alamat e-mel.
- Log masuk ke akaun MyKKP.
- Klik menu Profil Saya dan klik sub menu Maklumat e-mel.
- Masukkan alamat e-mel baru yang sah untuk verifikasi dan klik butang Verifikasi.
- Sila semak e-mel asal yang didaftarkan untuk mendapatkan Kod Verifikasi.
- Masukkan Kod Verifikasi di ruangan Kod Pengesahan E-mel dan klik butang Pengesahan Kod.
- Popup mesej “Anda telah berjaya kemaskini e-mel yang baru.”
Profil Pengguna
Perlukah saya muat naik gambar pada Profil Saya?
Gambar berukuran passport dengan spesifikasi yang telah ditetapkan WAJIB dimuat naik di Profil Saya sekiranya pengguna merupakan Orang Kompeten (OYK).
Bantuan Teknikal & Paparan
Saya tidak dapat menghubungi talian terus MyKKP 03-6419 2525
Talian tersebut hanya boleh dihubungi pada waktu berikut (kecuali pada Hari Kelepasan Am):
- Isnin - Khamis (9:00 pagi - 1:00 petang / 2:00 petang - 4:30 petang)
- Jumaat (9:00 pagi - 12:00 tengah hari / 2:45 petang - 4:30 petang)
Untuk negeri yang bekerja pada hari Ahad, sila hubungi pejabat JKKP Negeri tersebut.
Apakah browser yang paling sesuai untuk melayari portal MyKKP?
Paparan terbaik portal MyKKP adalah dengan menggunakan browser Chrome.
Saya menghadapi masalah untuk mencari butang Tutup pada paparan.
Sila ubah suai saiz paparan skrin pada browser menggunakan tool Zoom.
Pembayaran
Saya telah membuat pembayaran secara atas talian, tetapi status masih “pembayaran”.
- Perkara ini adalah disebabkan oleh pengguna tidak menunggu sehingga resit MyKKP dipaparkan.
- Sila e-melkan No. Bil beserta bukti pembayaran kepada mykkp@mohr.gov.my dan salinan kepada sharifahraini@mohr.gov.my dan snorhazlina@mohr.gov.my.