FAQ
Last Updated7 Ogos 2026
Orang Kompeten (OK)
Tempat Kerja (TK)
Loji
Soalan Umum
Akaun & Log Masuk
Saya telah terlupa kata laluan?
- Sila klik pautan "Lupa Kata Laluan?" pada paparan Log Masuk MyKKP.
- Sila masukkan ID Pengguna dan klik butang Hantar.
- Sila semak e-mel yang telah didaftarkan dengan MyKKP untuk mendapatkan pautan bagi proses kata laluan.
- Klik pautan berkenaan dan paparan bagi Tukar Kata Laluan akan dipaparkan.
- Masukkan kata laluan baru dan ulangan kata laluan, seterusnya klik butang Kemaskini.
- Popup mesej "Kata laluan Berjaya dikemaskini" akan dipaparkan.
No. Kad Pengenalan saya telah didaftarkan oleh pengguna lain.
Mohon hubungi pasukan teknikal menerusi e-mel mykkp@mohr.gov.my beserta bukti pengenalan diri seperti salinan MyKad untuk semakan pihak teknikal selanjutnya.
Profil Pengguna
Perlukah saya muat naik gambar pada Profil Saya?
Gambar berukuran passport dengan spesifikasi yang telah ditetapkan WAJIB dimuat naik di Profil Saya sekiranya pengguna merupakan Orang Kompeten (OK).
Bantuan Teknikal & Paparan
Saya tidak dapat menghubungi talian terus MyKKP 03-6419 2525
Talian tersebut hanya boleh dihubungi pada waktu berikut (kecuali pada Hari Kelepasan Am):
- Isnin - Khamis (9:00 pagi - 1:00 petang / 2:00 petang - 4:30 petang)
- Jumaat (9:00 pagi - 12:00 tengah hari / 2:45 petang - 4:30 petang)
Untuk negeri yang bekerja pada hari Ahad, sila hubungi pejabat JKKP Negeri tersebut.
Apakah browser yang paling sesuai untuk melayari portal MyKKP?
Paparan terbaik portal MyKKP adalah dengan menggunakan browser Chrome.
Saya menghadapi masalah untuk mencari butang Tutup pada paparan.
Sila ubah suai saiz paparan skrin pada browser menggunakan tool Zoom.
Pembayaran
Saya telah membuat pembayaran secara atas talian, tetapi status masih 'pembayaran'.
- Perkara ini adalah disebabkan oleh pengguna tidak menunggu sehingga resit MyKKP dipaparkan.
- Sila e-melkan No. Bil beserta bukti pembayaran kepada mykkp@mohr.gov.my dan salinan kepada sharifahraini@mohr.gov.my dan snorhazlina@mohr.gov.my.
💡 TIP
Jika anda masih tidak menemui jawapan yang diperlukan, sila rujuk panduan mengikut modul.