Skip to main content

FAQ Loji

Saya tidak dapat membuat permohonan berkaitan loji (Pendaftaran Loji Baru dan Pemeriksaan Berkala Loji Berperakuan).

Pengguna perlu membuat permohonan pengaktifan tempat kerja terlebih dahulu sebelum membuat permohonan berkaitan loji. Sila rujuk Manual Pengguna (PATK).

Saya ingin lakukan permohonan Pemeriksaan Berkala Loji Berperakuan tetapi loji tiada pada halaman tab 2 jadual Senarai Loji.

  1. Kes 1 - Tidak aktifkan tempat kerja yang betul.
    Sila semak tempat kerja pemunya dan penghuni pada doket loji dan aktifkan tempat kerja yang betul.
  2. Kes 2 - Kesalahan pemilihan permohonan pemunya/penghuni apabila pemunya dan penghuni berbeza.
    Contoh: Tempat Kerja yang diaktifkan adalah tempat kerja pemunya tetapi permohonan yang dipilih adalah permohonan Pemeriksaan Berkala - Penghuni.
    Sila pilih permohonan Pemeriksaan Berkala - Penghuni jika anda aktifkan Tempat Kerja Penghuni dan sila pilih permohonan Pemeriksaan Berkala - Pemunya jika anda aktifkan tempat kerja Pemunya.
💡 TIP
Sila hapuskan deraf permohonan pada tab Deraf halaman Senarai Permohonan setiap kali anda tukar pemilihan permohonan.

Saya gagal memuat turun CF menerusi butang Papar CF di loji.

Pastikan No. Tempat Kerja yang betul telah diaktifkan.

  1. Kes 1: Bil belum dibayar – Sila jelaskan pembayaran sama ada menerusi atas talian atau ke kaunter JKKP Negeri berkaitan.
  2. Kes 2: Bil telah dibayar – CF masih belum dijana. Sila hubungi pemeriksa berkenaan.
  3. Kes 3: Bil pemeriksaan tidak dijana menerusi sistem MyKKP (Bil tanpa QR Code) - Sila semak di menu Senarai CF di sebelah kiri untuk muat turun CF.
  4. Kes 4: Semak rekod pemeriksaan - Tiada CF akan dijana sekiranya keputusan GAGAL / ABORTIVE.
  5. Kes 5: Sila pastikan tetapan browser “Allow Pop-up Blocker” telah diaktifkan. Sila rujuk Manual Pengguna Konfigurasi Tetingkap Pop-up.

Maklumat dalam CF yang dipaparkan kosong.

Sila semak doket loji dan pastikan No. Tempat Kerja wujud pada Nama Pemunya. Sekiranya No. Tempat Kerja tiada, sila e-melkan kepada pegawai pemeriksa untuk kemaskini maklumat pemunya berkenaan.

Saya dapati terdapat loji yang bukan hak milik syarikat saya di Senarai Loji.

Sila berhubung dengan pegawai IT JKKP Negeri berkaitan.

Saya dapati loji milik syarikat saya tiada di Senarai Loji.

Sila berhubung dengan pegawai IT JKKP Negeri berkaitan dengan melampirkan bukti hak milik seperti CF, geran, dokumen jual-beli dan lain-lain.

Terdapat kesilapan maklumat pada CF Loji.

Sila hubungi pemeriksa berkenaan.

Saya ingin melantik lebih daripada seorang kakitangan untuk mengurus tempat kerja dan loji di MyKKP.

Setiap kakitangan yang dilantik perlu membuat pengaktifan tempat kerja terlebih dahulu.

Bagaimana untuk muat turun CF bagi loji yang baru didaftarkan / pembaharuan?

  1. Sila aktifkan No. Tempat Kerja bagi loji berkenaan.
  2. Sila klik menu Kilang/loji > Senarai Loji.
  3. Buat carian loji yang berkaitan.
  4. Klik butang “Papar CF” untuk muat turun CF.

Sila pastikan tetapan browser “Allow Pop-up Blocker” telah diaktifkan. Sila rujuk Manual Pengguna Konfigurasi Tetingkap Pop-up.

Saya telah menerima makluman e-mel daripada admin_mykkp@mohr.gov.my berkenaan status permohonan yang telah dibuat.

  1. E-mel berkenaan memaklumkan status permohonan yang telah dibuat.
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti surat kelulusan, slip perakuan, pemohon perlu log masuk ke MyKKP.
  3. Sila klik Surat/Sijil/Resit untuk muat turun surat kelulusan/surat batal/surat gagal, slip perakuan, JKJ 127, JKJ 17, JKJ 113, Surat Pendaftaran Tapak Bina.

Sila pastikan tetapan browser “Allow Pop-up Blocker” telah diaktifkan. Sila rujuk Manual Pengguna Konfigurasi Tetingkap Pop-up.

💡 TIP
Jika anda masih tidak menemui jawapan yang diperlukan, sila rujuk panduan mengikut modul.
← Kembali ke FAQ Utama
💬
Pembantu MyKKP
Soal jawab dokumentasi
AI

Hai! Saya pembantu dokumentasi MyKKP. Tanya saya apa-apa soalan tentang sistem MyKKP.

Cuba tanya: