FAQ Orang Kompeten (OK)
- Orang Kompeten
- Orang Terlatih
Nama saya tiada dalam semakan OK.
Sila e-melkan sijil kompetensi kepada pegawai IT JKKP Negeri berkaitan untuk dikemaskini.
Bagaimanakah cara untuk menyemak status permohonan OK saya?
Untuk menyemak status permohonan OK anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk akaun MyKKP.
- Pastikan anda berada pada dashboard Orang Kompeten.

Dashboard Orang Kompeten
- Klik menu Senarai Permohonan pada sebelah kiri pemohon.
- Cari nombor rujukan permohonan anda untuk menyemak status permohonan dan nama pegawai yang mengendalikan permohonan tersebut.
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat pegawai untuk dihubungi, sila rujuk direktori JKKP di pautan berikut: 👉https://staff.dosh.gov.my/ dan lakukan carian nama pegawai tersebut.
Saya tersalah isi maklumat semasa permohonan OK. Apakah yang boleh saya lakukan jika permohonan sudah dihantar?
Kes 1: Bil belum dibayar – Anda boleh membatalkan sendiri permohonan tersebut dengan cara berikut:
-
Log masuk akaun MyKKP.
-
Pastikan anda berada pada dashboard Orang Kompeten.

Dashboard Orang Kompeten
-
Klik menu Senarai Permohonan pada sebelah kiri pemohon..
-
Klik butang Tindakan.
-
Klik butang Batal Permohonan Oleh Pemohon
-
Klik Ya, Sila Batalkan untuk membuat pembatalan permohonan.
Kes 2: Permohonan sedang diproses oleh Pegawai - Anda boleh merujuk dengan pegawai JKKP yang sedang melakukan semakan permohonan tersebut.
- Log masuk akaun MyKKP.
- Pastikan anda berada pada dashboard Orang Kompeten.

Dashboard Orang Kompeten
- Klik menu Senarai Permohonan pada sebelah kiri pemohon.
- Cari nombor rujukan permohonan anda untuk menyemak status permohonan dan nama pegawai yang mengendalikan permohonan tersebut.
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat pegawai untuk dihubungi, sila rujuk direktori JKKP di pautan berikut: 👉https://staff.dosh.gov.my/ dan lakukan carian nama pegawai tersebut.
Permohonan OK saya telah diluluskan, dimanakah saya boleh mendapatkan Slip Ringkas?
Untuk mendapatkan slip ringkas, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk akaun MyKKP.
- Pergi ke Profil Saya pada sebelah kiri pemohon.
- Pergi ke Maklumat OK.
- Lihat pada Senarai Kompetensi Yang Diluluskan.
- Klik butang Lihat Slip.
Bolehkah saya mengemaskini permohonan OK yang sudah ditolak?
Tidak. Permohonan yang sudah ditolak tidak boleh dikemaskini. Pemohon perlu menghantar permohonan baharu melalui sistem MyKKP.
Permohonan OK saya telah ditolak. Bagaimanakah cara untuk dapatkan sebab penolakan?
Anda boleh dapatkan sebab penolakan pada halaman Senarai Permohonan. Sila rujuk langkah-langkah berikut:
- Log masuk akaun MyKKP
- Pastikan anda berada pada dashboard Orang Kompeten.

Dashboard Orang Kompeten
- Klik menu Senarai Permohonan pada sebelah kiri pemohon..
- Pergi ke tab Batal/Tolak.
- Tekan butang Tindakan.
- Tekan butang Lihat Ulasan Pegawai.
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat pegawai untuk dihubungi, sila rujuk direktori JKKP di pautan berikut: 👉https://staff.dosh.gov.my/ dan lakukan carian nama pegawai tersebut.
Bagaimanakah cara untuk melakukan permohonan Green Book?
Untuk melakukan permohonan Green Book, anda boleh melakukan permohonan SHO di dalam sistem MYKKP.
Bagaimanakah cara untuk melakukan permohonan Yellow Book?
Untuk melakukan permohonan Yellow Book, anda boleh melakukan permohonan OYKSSS di dalam sistem MYKKP.
Bagaimanakah untuk mendapatkan Sijil atau Slip Ringkas bagi permohonan OSH-C yang telah diluluskan?
Untuk makluman, Sijil/Slip Ringkas tidak lagi dikeluarkan oleh pihak JKKP. Pemohon hanya akan diberikan No. Daftar Sijil sahaja.
Saya telah menghadiri kursus latihan OSH-Coordinator, adakah saya telah selesai didaftarkan sebagai OSH-Coordinator?
Tidak. Menghadiri kursus latihan sahaja tidak bermakna anda telah didaftarkan sebagai OSH-Coordinator. Anda perlu membuat pendaftaran rasmi melalui sistem MYKKP dan mendapatkan kelulusan daripada pihak JKKP terlebih dahulu.
Adakah wajib bagi sesuatu tempat kerja melantik OSH-Coordinator?
Mengikut Sekyen 29A Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, adalah menjadi tanggungjawab/kewajipan majikan yang mempunyai 5 atau lebih pekerja untuk melantik salah seorang daripada pekerja mereka sebagai OSH-Coordinator.
Bolehkah sesuatu tempat kerja melantik lebih dari satu pekerja sebagai OSH-Coordinator
Ya, boleh. Majikan boleh melantik lebih dari satu pekerja sebagai OSH-Coordinator.
Saya telah bertukar majikan, adakah saya perlu mendaftarkan semula OSH-Coordinator untuk majikan baharu?
Tidak perlu. Anda hanya perlu mengemaskini maklumat majikan dalam sistem MYKKP seperti berikut:
- Log masuk ke MYKKP
- Pergi ke menu Profil Saya.
- Pilih Maklumat OYK.
- Skrol ke bawah dan klik Kemaskini Maklumat OYK.
- Pilih Kategori -> Maklumat Majikan.
- Klik Kemaskini.
- Buat carian majikan baharu
- Klik Simpan.
Antara dokumen sokongan yang wajib dimuat naik semasa permohonan pendaftaran OSH-C adalah Surat Lantikan, apakah itu Surat Lantikan?
Surat Lantikan ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh majikan atau syarikat untuk melantik seseorang pekerja sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-Coordinator) bagi sesebuah tempat kerja.
Surat ini berfungsi sebagai bukti pelantikan rasmi bahawa individu tersebut telah diberi tanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja yang ditetapkan.
Apakah prosedur atau langkah yang perlu dilaksanakan sebelum membuat pendaftaran OSH-Coordinator dalam MYKKP?
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan sebelum membuat pendaftaran sebagai OSH-Coordinator:
- Menghadiri Kursus OSH-Coordinator
Peserta diwajibkan menghadiri dan lulus kursus OSH-Coordinator di mana-mana pusat latihan yang berdaftar di bawah JKKP. - Peserta melakukan pendaftaran Akaun MyKKP
Peserta hendaklah mendaftar akaun MYKKP menggunakan maklumat peribadi (No. Kad pengenalan sendiri). - Pusat pengajar daftar peserta sebagai peserta OSH-C
Pusat pengajar perlu mendaftarkan peserta sebagai peserta yang hadiri kursus OSH-C terlebih dahulu. Jika belum sila hubungi pusat pengajar yang anda hadiri kursus. - Pendaftaran Organisasi/Tempat Kerja/Syarikat
Majikan tempat peserta bekerja hendaklah mendaftar tempat kerja terlebih dahulu dengan JKKP melalui sistem MyKKP. - Pendaftaran OSH-C dalam MyKKP
Setelah langkah-langkah di atas dilakukan, sila hantar permohonan OSH-C di dalam sistem MyKKP dan tunggu kelulusan dari JKKP.