Skip to main content

FAQ Tempat Kerja (TK)

Saya ingin melantik lebih daripada seorang kakitangan untuk mengurus tempat kerja dan loji di MyKKP.

Setiap kakitangan yang dilantik perlu membuat pengaktifan tempat kerja terlebih dahulu (PATK).

Saya ingin mengaktifkan lebih daripada satu tempat kerja dalam akaun MyKKP saya.

  1. Dalam satu masa hanya satu tempat kerja yang boleh diaktifkan untuk urusan permohonan dan semakan.
  2. Semua tempat kerja yang ingin diaktifkan perlu mendapat kelulusan pengaktifan tempat kerja (PATK).

Nama firma saya tiada dalam semakan FYK.

Sila e-melkan surat kelulusan pendaftaran firma beserta No. Daftar Tempat Kerja kepada mykkp@mohr.gov.my.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status permohonan tempat kerja saya?

Untuk menyemak status permohonan tempat kerja anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk akaun MyKKP.
  2. Pastikan anda berada pada dashboard Tempat Kerja/Kilang.
dashboard Tempat Kerja/Kilang

Dashboard Tempat Kerja/Kilang

  1. Klik menu Senarai Permohonan pada sebelah kiri pemohon.
  2. Cari nombor rujukan permohonan anda untuk meyemak status permohonan dan nama pegawai yang mengendalikan permohonan tersebut.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat pegawai untuk dihubungi, sila rujuk Direktori Pegawai JKKP di pautan berikut: 👉https://staff.dosh.gov.my/

Permohonan saya telah ditolak. Bagaimanakah cara dapatkan sebab penolakan?

Anda boleh dapatkan sebab penolakan pada Surat Tolak di Senarai Permohonan. Sila rujuk langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk akaun MyKKP
  2. Pastikan anda berada pada dashboard Tempat Kerja/Kilang.
dashboard Tempat Kerja/Kilang

Dashboard Tempat Kerja/Kilang

  1. Klik menu Senarai Permohonan.
  2. Pergi ke tab Batal/Tolak.
  3. Tekan butang Tindakan.
  4. Tekan butang Lihat Maklumat.
  5. Lihat pada jadual Senarai Surat untuk dapatkan Surat Tolak.

Bolehkah saya mengemaskini sahaja permohonan yang sudah ditolak?

Tidak. Permohonan yang telah ditolak tidak boleh dikemaskini. Pemohon perlu melakukan permohonan baharu melalui sistem MyKKP.

Apakah perbezaan PEMTK dan PATK?

Berikut merupakan perbezaan antara PEMTK dan PATK.

PerkaraPEMTK (Pemberitahuan Tempat Kerja)PATK (Pengaktifan Tempat Kerja)
Status tempat kerjaTempat kerja belum pernah didaftarkan dalam MyKKP oleh mana-mana pihakTempat kerja telah wujud dan telah didaftarkan dalam MyKKP
TujuanMendaftarkan tempat kerja yang belum berdaftar dengan JKKPMengaktifkan tempat kerja yang telah wujud supaya boleh digunakan dalam akaun
Bila digunakanDigunakan semasa pendaftaran tempat kerja kali pertamaDigunakan apabila tempat kerja telah wujud dalam sistem MyKKP dan ingin lakukan permohonan bagi tempat kerja tersebut.
FungsiMewujudkan rekod baharu tempat kerja dalam sistemMembolehkan pengguna membuat permohonan bagi tempat kerja tersebut

Bagaimanakah cara untuk mengetahui tempat kerja saya telah didaftarkan dalam sistem MyKKP?

Untuk mengetahui sama ada tempat kerja anda telah didaftarkan dalam sistem MYKKP, sila ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk akaun MyKKP

  2. Pastikan anda berada pada dashboard Tempat Kerja/Kilang.

    dashboard Tempat Kerja/Kilang

    Dashboard Tempat Kerja/Kilang

  3. Klik menu Profil Tempat Kerja pada sebelah kiri anda.

  4. Klik submenu Carian Tempat Kerja.

  5. Tukar Kategori kepada Nama Organisasi.

  6. Klik butang OK.

  7. Isi nama tempat kerja pada medan carian.

  8. Klik butang Carian.

Syarikat kami mempunyai beberapa cawangan. Bolehkah saya mendaftarkan cawangan tersebut di dalam akaun MyKKP yang sama?

Ya, boleh. Anda boleh mendaftarkan lebih daripada satu entiti atau cawangan dalam satu (1) akaun MyKKP.

Adakah No. Daftar Tempat Kerja boleh diaktifkan oleh lebih dari satu individu?

Ya, boleh. Satu tempat kerja boleh diaktifkan oleh lebih daripada satu (1) individu.

Bagaimanakah cara mengemaskini maklumat OSH-C pada tempat kerja?

Untuk mengetahui sama ada tempat kerja anda telah didaftarkan dalam sistem MYKKP, sila ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk akaun MyKKP.

  2. Pastikan anda berada pada dashboard Tempat Kerja/Kilang.

    dashboard Tempat Kerja/Kilang

    Dashboard Tempat Kerja/Kilang

  3. Klik menu Profil Tempat Kerja pada sebelah kiri anda.

  4. Klik menu Kemaskini Tempat Kerja.

    ❗ PENTING
    Pastikan anda telah mengaktifkan tempat kerja sebelum melakukan pengemaskinian bagi tempat kerja tersebut.
  5. Klik butang Kemaskini pada bahagian Maklumat Pegawai OSH-Coordinator.

💡 TIP
Jika anda masih tidak menemui jawapan yang diperlukan, sila rujuk panduan mengikut modul.
← Kembali ke FAQ Utama
💬
Pembantu MyKKP
Soal jawab dokumentasi
AI

Hai! Saya pembantu dokumentasi MyKKP. Tanya saya apa-apa soalan tentang sistem MyKKP.

Cuba tanya: