Pengendalian Tapak Pembinaan (JKKP12)
📌 Ringkasan Modul
Pemberitahuan Projek dan Tapak Pembinaan (JKKP12) adalah modul yang digunakan untuk membuat pemberitahuan berkaitan projek dan tapak pembinaan kepada pihak JKKP.
Modul ini melibatkan beberapa peranan penting seperti klien, pemberitahu, kontraktor prinsipal, kontraktor kerja pembinaan, pereka bentuk prinsipal dan pereka bentuk kerja pembinaan.
Klien domestik adalah klien yang baginya suatu projek sedang dibina atau dijalankan, yang projek tersebut bukan dalam perjalanan atau pengembangan suatu perniagaan klien itu. Contoh: Membuat rumah persendirian.
📖 Glosari
Berikut merupakan kata kunci peranan yang terlibat dalam Pemberitahuan Projek dan Tapak Pembinaan sebagai rujukan.
| Bil | Kata Kunci | Keterangan |
|---|---|---|
| 1. | Klien | Klien |
| 2. | Pemberitahu | Wakil Klien Domestik |
| 3. | PC | Kontraktor Prinsipal |
| 4. | CC | Kontraktor Kerja Pembinaan |
| 5. | PD | Pereka Bentuk Prinsipal |
| 6. | CD | Pereka Bentuk Kerja Pembinaan |
📋 Syarat Pemberitahu
Kriteria pemberitahu yang dibenarkan untuk menghantar pemberitahuan JKKP 12 adalah seperti berikut:
- Klien yang telah berdaftar sebagai PATK Tahap 1 pada sistem MyKKP.
Sila klik pilihan di bawah 👇 untuk melihat panduan berkaitan Pengendalian Tapak Pembinaan (JKKP12).
🏗️ Pengendalian Tapak Pembinaan (JKKP12)