Skip to main content

Pengaktifan Tapak Pembinaan

â„šī¸ INFO

Pengaktifan Tapak Pembinaan hanya dibenarkan untuk Kontraktor Prinsipal Kerja Pembinaan (Main Con) atau Kontraktor Kerja Pembinaan Tunggal yang dilantik oleh Klien/Pemberitahu.

🧭 Langkah-langkah Pengaktifan​

Langkah 1: Akses Halaman Log Masuk MyKKP

Klik pautan berikut: 👉 Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP

  1. Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan.
  2. Klik butang Log Masuk.
â„šī¸ INFO
  • Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
  • Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
  • Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini

Langkah 2: Masuk Ke Halaman Profil Tempat Kerja​

Halaman Profil Tempat Kerja

Halaman Profil Tempat Kerja

  1. Klik butang butang Profil Tempat Kerja dan seterusnya klik pada butang Pengaktifan Tempat Kerja.
  2. Aktifkan tempat kerja Kontraktor Prinsipal Kerja Pembinaan atau Kontraktor Kerja Pembinana Tunggal yang dilantik oleh Klien/Pemberitahu dengan klik pada butang Aktif.

Langkah 3: Masuk ke Halaman Pemberitahuan Tapak Pembinaan​

Halaman JKKP12

Halaman JKKP12

  1. Klik pada butang JKKP12 pada menu sebelah kiri.
  2. Klik pada butang Senarai Tapak Pembinaan untuk memaparkan halaman Penguursan JKKP 12 Senarai Tapak Pembinaan.
  3. Klik pada butang Pengaktifan Tapak Pembinaan.
  4. Klik pada butang Tindakan. Klik pada butang Aktifkan Tapak untuk mengaktifkan tapak pembinaan.
â„šī¸ INFO

Paparan Pemberitahuan Tapak Pembinaan akan terpapar dalam tab baru.

Langkah 4: Pengaktifan Tapak Pembinaan​

  1. Semak maklumat Pemberitahuan Tapak Pembinaan.
  2. Untuk mengaktifkan tapak pembinaan, klik pada butang Aktifkan Tapak.
  3. Klik pada butang Ya untuk meneruskan tindakan pengaktifan tapak atau Tutup untuk batal tindakan pengaktifan tapak.
  4. Pop-up Tapak Pembinaan berjaya diaktifkan akan terpapar.
  5. Klik pada butang Lihat Sijil Pemberitahuan Kerja Pembinaan untuk memaparkan Sijil Pemberitahuan Kerja Pembinaan.
  6. Klik butang OK untuk memaparkan halaman Ruangan-Kerja Tapak Pembinaan.