đ Pelaporan Sepanjang Masa (PSM)
Akses Halaman Log Masukâ
Klik pautan berikut: đ Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Klik butang Log Masuk.
- Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
- Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini
Halaman Pelaporan Sepanjang Masaâ

Halaman Menu Utama
- Klik pada butang Pelaporan Sepanjang Masa dan seterusnya pada butang Majikan (PATK L1).
- Pastikan dashboard yang dipilih adalah dashboard Tempat Kerja/Kilang.
- Modul Pelaporan Sepanjang Masa hanya boleh dilakukan oleh Wakil PATK Tahap 1 bagi tempat kerja yang telah didaftarkan di dalam sistem MyKKP.
- Halaman Pelaporan Sepanjang Masa akan dipaparkan.

Halaman Pelaporan Sepanjang Masa - Tukar Profil Tahun
- Klik butang Tukar Profil Tahun untuk menukar profil tahun Pelaporan Sepanjang Masa.
- Pilih tahun yang dikehendaki dan klik butang Pilih.
Membuat Pelaporan Baru - JKKP6, JKKP7 dan JKKP8â

Halaman Pelaporan Sepanjang Masa - Pelaporan Baru
- Klik butang Pelaporan Baru â JKKP6, 7 Dan 8.

Paparan pop-up Pilih Pelaporan Baru
- Pilih Jenis Pelaporan yang dikehendaki dan klik butang OK.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Klik butang Seterusnya untuk ke halaman pengisian pelaporan.
Tab Kemalangan Pekerjaan pada halaman Pelaporan Sepanjang Masaâ

Halaman tab Kemalangan Pekerjaan
- Klik butang tab Kemalangan Pekerjaan.
- Pemberitahuan Kemalangan Pekerjaan (JKKP6) dan Kes Kemalangan JKKP8 yang telah dihantar oleh pemohon akan dipaparkan pada tab Kemalangan Pekerjaan.
- Tab Kemalangan Pekerjaan â JKKP8 memaparkan Kes JKKP8 dan Kemalangan Pekerjaan (JKKP6) yang telah dihantar oleh pemohon seperti berikut:
- Maut
- Tanpa Hilang Upaya Kekal (THUK)
- Hilang Upaya Kekal (HUK)
- Tab Kemalangan Pekerjaan â Bukan JKKP8 memaparkan senarai Pemberitahuan Kemalangan Pekerjaan (JKKP6) yang telah diklasifikasikan sebagai Kes Duplikasi atau Bukan Kemalangan Pekerjaan oleh Pegawai Siasatan JKKP Negeri.
A. Mengisi dan Mengemaskini Maklumat JKKP9â

Halaman tab Kemalangan Pekerjaan - Kemaskini JKKP9
- Klik butang JKKP9 untuk mengemaskini maklumat JKKP9.
- Pemohon boleh mengisi maklumat JKKP9 pada tab Kemalangan Pekerjaan â JKKP8 berdasarkan klasifikasi kemalangan yang dipilih dalam JKKP6.
- Pengisian JKKP9 boleh dilakukan bagi jenis klasifikasi kemalangan seperti berikut:
- Maut
- Tanpa Hilang Upaya Kekal (THUK)
- Hilang Upaya Kekal (HUK)
- Kejadian Berbahaya
- Pemohon tidak boleh mengisi maklumat JKKP9 bagi kes JKKP6 yang telah diklasifikasikan sebagai Kes Duplikasi atau Bukan Kemalangan Pekerjaan oleh Pegawai Siasatan JKKP Negeri.
B. Lihat Butiran JKKP6â

Halaman tab Kemalangan Pekerjaan - Lihat Butiran JKKP6
- Klik butang Butiran untuk melihat maklumat JKKP6 yang telah dihantar.
Maklumat JKKP6 akan memaparkan data yang diisi oleh pemohon, tetapi ia akan dikemaskini berdasarkan keputusan Pegawai Siasatan JKKP Negeri setelah pemberitahuan kemalangan selesai diproses.
C. Lihat Butiran JKKP8â

Halaman tab Kemalangan Pekerjaan - Lihat JKKP8
- Klik butang Lihat JKKP8 untuk melihat maklumat JKKP8 yang telah dihantar.
Tab Keracunan dan Penyakit Pekerjaan pada halaman Pelaporan Sepanjang Masaâ

Halaman tab Keracunan dan Penyakit Pekerjaan
- Klik butang tab Keracunan dan Penyakit Pekerjaan.
- Pemberitahuan Keracunan dan Penyakit Pekerjaan (JKKP7) yang telah dihantar oleh pemohon akan dipaparkan pada tab Keracunan dan Penyakit Pekerjaan.
- Tab Keracunan dan Penyakit Pekerjaan â JKKP8 memaparkan Senarai Keracunan dan Penyakit Pekerjaan (JKKP7) yang diklasifikasikan sebagai Occupational Diseases (OD) oleh pemohon.
- Tab Keracunan dan Penyakit Pekerjaan â Bukan JKKP8 memaparkan Senarai Keracunan dan Penyakit Pekerjaan (JKKP7) yang telah diklasifikasikan sebagai Non-Occupational Disease (NON) atau Kes Duplikasi oleh Pegawai Siasatan JKKP Negeri.
A. Mengisi Maklumat JKKP10â

Halaman tab Keracunan dan Penyakit Pekerjaan - JKKP10
- Klik butang JKKP10 untuk mengisi maklumat JKKP10.
Butang JKKP10 hanya akan dipaparkan pada paparan pemohon sekiranya Pegawai Siasatan JKKP Negeri mengarahkan pemohon untuk mengisi dan menghantar borang JKKP10.
B. Lihat Maklumat JKKP7â

Halaman tab Keracunan dan Penyakit Pekerjaan - Lihat Buritan JKKP7
- Klik butang Butiran untuk melihat maklumat JKKP7 yang telah dihantar.
Tab Kejadian Berbahaya pada halaman Pelaporan Sepanjang Masaâ

Halaman tab Kejadian Berbahaya
- Klik butang tab Kejadian Berbahaya.
- Pemberitahuan Kemalangan Pekerjaan (JKKP6) bagi jenis klasifikasi kemalangan Kejadian Berbahaya yang telah dihantar oleh pemohon akan dipaparkan pada tab Kejadian Berbahaya.
- Tab Kejadian Berbahaya â JKKP8 memaparkan senarai JKKP6 bagi jenis klasifikasi kemalangan Kejadian Berbahaya.
- Tab Kejadian Berbahaya â Bukan JKKP8 memaparkan senarai Kejadian Berbahaya yang telah diklasifikasikan sebagai Kes Duplikasi atau Bukan Kemalangan Pekerjaan oleh Pegawai Siasatan JKKP Negeri.
A. Mengisi dan Mengemaskini Maklumat JKKP9â

Halaman tab Kejadian Berbahaya - Kemaskini JKKP9
- Klik butang JKKP9 untuk mengemaskini maklumat JKKP9.
- Pemohon boleh mengisi maklumat JKKP9 pada tab Kejadian Berbahaya â JKKP8 bagi kes Kejadian Berbahaya yang telah dihantar.
- Pemohon tidak boleh mengisi maklumat JKKP9 bagi kes Kejadian Berbahaya yang telah diklasifikasikan sebagai Kes Duplikasi atau Bukan Kemalangan Pekerjaan oleh Pegawai Siasatan JKKP Negeri.
B. Lihat Butiran JKKP6â

Halaman tab Kejadian Berbahaya - Lihat Butiran JKKP6
- Klik butang Butiran untuk melihat maklumat Kejadian Berbahaya yang telah dihantar.
Maklumat JKKP6 akan memaparkan data yang diisi oleh pemohon, tetapi ia akan dikemaskini berdasarkan keputusan Pegawai Siasatan JKKP Negeri setelah pemberitahuan kemalangan selesai diproses.
Lihat Rumusan Pelaporan Sepanjang Masaâ

Halaman tab Rumusan Pelaporan Sepanjang Masa
- Klik butang tab Rumusan.
- Tab Rumusan akan memaparkan maklumat kiraan rumusan Pelaporan Sepanjang Masa bagi senarai pemberitahuan JKKP6, JKKP7 dan JKKP8 yang dihantar oleh pemohon.
- Kes JKKP6 dan JKKP7 yang telah diklasifikasikan sebagai Kes Duplikasi dan Bukan Kemalangan Pekerjaan tidak akan termasuk dalam pengiraan Rumusan Pelaporan Sepanjang Masa.
- Pengiraan rumusan JKKP6 adalah berdasarkan maklumat JKKP9 yang telah dihantar oleh pemohon. Jika JKKP9 tidak dihantar, pengiraan rumusan JKKP6 adalah berdasarkan pengisian Pegawai Siasatan JKKP Negeri.
- Rumusan pengiraan JKKP7 adalah berdasarkan pengisian Pegawai Siasatan JKKP Negeri
Kemaskini Maklumat Profil Tahunâ

Halaman Pelaporan Sepanjang Masa - Kemaskini Profil Tahun
- Klik butang Kemaskini Profil Tahun untuk mengemaskini profil tahun.

Paparan pop-up Jumlah Jam Bekerja dan Purata Pekerja
- Klik butang Panduan Pengiraan untuk melihat panduan pengiraan purata tahunan pekerja.
- Isi maklumat profil tahun pada medan yang mandatori.
- Klik butang Kemaskini untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.
Hantar Perakuan JKKP8â

Halaman Pelaporan Sepanjang Masa - Hantar Perakuan JKKP8
- Klik butang Hantar Perakuan JKKP8 untuk menghantar perakuan JKKP8.

Paparan pop-up Perakuan JKKP8
- Klik butang checkbox untuk membuat perakuan.
- Klik butang Hantar untuk menghantar perakuan JKKP8.
Muat Turun Pelaporan JKKP8â

Halaman Pelaporan Sepanjang Masa - Muat Turun Pelaporan
- Klik butang Muat Turun Pelaporan untuk memuat turun Pelaporan JKKP8.

Halaman Pelaporan JKKP8
- Pelaporan yang dimuat turun akan dipaparkan seperti di atas.
Muat Turun Slip Perakuanâ

Halaman Pelaporan Sepanjang Masa - Muat Turun Slip Perakuan
- Klik butang Muat Turun Slip Perakuan untuk memuat turun Slip Perakuan JKKP8 Tahunan.

Halaman Slip Perakuan JKKP8
- Slip perakuan yang dimuat turun akan dipaparkan seperti di atas.
Hantar Semula Perakuan JKKP8â

Halaman Pelaporan Sepanjang Masa - Hantar Semula Perakuan JKKP8
- Klik butang Hantar Semula Perakuan JKKP8 untuk membuat penghantaran semula Perakuan JKKP8 Tahunan.
- Pemohon perlu menghantar semula Perakuan JKKP8 jika terdapat pengemaskinian maklumat pada borang JKKP8 atau JKKP9.
- Tarikh Perakuan Akhir Dihantar akan dikemaskini berdasarkan penghantaran terkini Perakuan JKKP8 oleh pemohon.
- Pemohon boleh mengemaskini maklumat JKKP9, borang pemberitahuan JKKP8 dan juga profil tahun selagi tempoh penghantaran Perakuan JKKP8 masih belum tamat.
- Pemohon boleh membuat penghantaran semula Perakuan JKKP8 sebelum tamat tempoh penghantaran Perakuan JKKP8.