Skip to main content

Bayaran Permulaan & Bayaran Akhir

Last Updated5 Ogos 2026

Lihat Sebut Harga Perkhidmatan​

Terdapat DUA (2) cara untuk menyemak dokumen Sebut Harga Perkhidmatan:

A. Dari Halaman Senarai Permohonan

Senarai Permohonan

Halaman Senarai Permohonan

  1. Klik menu Senarai Permohonan pada menu sebelah kiri, kemudian klik tab Sedang Diproses.

  2. Klik butang Tindakan pada permohonan yang ingin disemak, kemudian klik Lihat Sebut Harga Perkhidmatan.

  3. Dokumen Sebut Harga Perkhidmatan akan dipaparkan pada tab baharu.

B. Dari Halaman Pembayaran

Senarai Pembayaran

Halaman Senarai Pembayaran

  1. Klik menu Pembayaran, kemudian klik butang Lihat.

  2. Dokumen Sebut Harga Perkhidmatan akan dipaparkan pada tab baharu.

Bayaran Permulaan & Bayaran Akhir​

💡 TIP

Pemohon perlu membuat Bayaran Permulaan sebelum permohonan diproses. Selepas semakan selesai, Bayaran Akhir perlu dibuat bagi melengkapkan permohonan.



Aliran Proses Permohonan:

Pengisian Permohonan 👉 Bayaran Permulaan 👉 Semakan Pegawai 👉 Bayaran Akhir

Halaman Senarai Pembayaran

Pop-up Pembayaran

  1. Klik butang menu Pembayaran.
  2. Klik butang Bayar dan pop-up pembayaran akan dipaparkan.

    â„šī¸ INFO

    Terdapat dua (2) kaedah pembayaran utama dalam MYKKP iaitu Kad Kredit/Kad Debit dan FPX.

  3. Pilih kaedah pembayaran yang dikehendaki sama ada Kad Kredit/Kad Debit atau FPX.

    â„šī¸ INFO

    Terdapat dua (2) pilihan pembayaran melalui FPX iaitu Online Banking dan Online Banking (B2B).

  4. Klik butang Bayar untuk meneruskan pembayaran.

    1. A. Kad Kredit/Kad Debit​

      1. Pilih butang Card.
      2. Pilihan Kaedah Pembayaran

        Pilihan Kaedah Pembayaran

      3. Klik butang Pay untuk meneruskan pembayaran secara Kad Debit/Kad Kredit.
      4. Isi maklumat Kad yang diperlukan.
      5. Klik butang Pay untuk meneruskan transaksi.

      B. FPX​

      1. Pilih butang Online Banking atau Online Banking (B2B).
      2. Pilihan Kaedah Pembayaran

        Pilihan Kaedah Pembayaran

      3. Pilih bank yang dikehendaki.
      4. Klik butang Pay untuk meneruskan pembayaran.
      5. Anda akan diarahkan ke laman bank yang dipilih.
      6. Log masuk ke akaun perbankan internet dan lengkapkan proses pembayaran.
      7. Setelah pembayaran berjaya, anda akan diarahkan semula ke sistem MYKKP dan status pembayaran akan dikemaskini.
      8. âš ī¸ AMARAN

        Bagi pembayaran melalui Online Banking (B2B):

        • Pembayaran memerlukan kelulusan daripada pihak organisasi atau syarikat anda terlebih dahulu.
        • Status pembayaran akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk dikemaskini dalam sistem MYKKP selepas kelulusan diberikan.
      Halaman Status Bayaran

      Halaman Status Bayaran

  5. Selepas pembayaran berjaya, klik butang Lihat Resit untuk melihat salinan resit sebagai bukti pembayaran.
  6. Maklumat resit akan dipaparkan pada halaman tab baru.
â„šī¸ INFO

Status permohonan akan bertukar menjadi Selesai Diproses – Diluluskan setelah pembayaran dilakukan oleh pemohon.

đŸ’Ŧ
Pembantu MyKKP
Soal jawab dokumentasi
AI

Hai! Saya pembantu dokumentasi MyKKP. Tanya saya apa-apa soalan tentang sistem MyKKP.

Cuba tanya: