đ Bayaran Pemulaan & Bayaran Akhir
Lihat Sebut Harga Perkhidmatanâ
Terdapat DUA (2) cara untuk menyemak dokumen Sebut Harga Perkhidmatan:
- Dari Halaman Senarai Permohonan
- Dari Halaman Pembayaran
A. Dari Halaman Senarai Permohonan

Halaman Senarai Permohonan
- Klik butang Senarai Permohonan pada menu sebelah kiri seterusnya klik butang tab Sedang Diproses.
- Klik butang Tindakan pada permohonan yang ingin disemak dan klik butang dropdown Lihat Sebut Harga Perkhidmatan.
- Dokumen Sebut Harga Perkhidmatan akan dipaparkan pada tab baru.
B. Dari Halaman Pembayaran

Halaman Senarai Pembayaran
- Klik butang menu Pembayaran dan klik butang Lihat.
- Dokumen Sebut Harga Perkhidmatan akan dipaparkan pada tab baru.
Bayaran Permulaan & Bayaran Akhirâ
đĄ TIP
Pemohon perlu membuat Bayaran Permulaan sebelum permohonan diproses.
Selepas semakan selesai, Bayaran Akhir perlu dibuat bagi melengkapkan permohonan.
Aliran Proses Permohonan: Pengisian Permohonan đ Bayaran Permulaan đ Semakan Pegawai đ Bayaran Akhir

Halaman Senarai Pembayaran

Pop-up Pembayaran
- Klik butang Bayar dan pop-up pembayaran akan dipaparkan.
- Paparan akan menunjukkan amaun yang perlu dibayar.
- Klik butang radio sama ada Kad Kredit/Kad Debit atau FPX.
- Klik butang Bayar dan teruskan sehingga pembayaran selesai.

Halaman Status Bayaran
- Selepas pembayaran berjaya, klik butang Lihat Resit untuk melihat salinan resit sebagai bukti pembayaran.
- Maklumat resit akan dipaparkan pada halaman tab baru.
âšī¸ INFO
- Jika selesai Bayaran Pemulaan, status permohonan akan berubah menjadi Minit Pengarah dan akan diproses oleh pegawai JKKP berdasarkan piagam yang telah ditetapkan.
- Jika selesai Bayaran Akhir, status permohonan akan berubah menjadi Selesai Diproses - Diluluskan.