Skip to main content

Permohonan Pemeriksaan Permulaan (PEMULA)

Last Updated5 Ogos 2026

πŸ“Œ Ringkasan Modul​

Modul Permohonan Pemeriksaan Permulaan (PEMULA) adalah proses yang melibatkan pemohon untuk membuat permohonan pemeriksaan loji. Proses ini melibatkan beberapa langkah penting iaitu:

  1. Pemohon memilih loji-loji yang telah mempunyai no. kebenaran memasang loji (PTI) untuk pemeriksaan.
  2. Pemohon mengemaskini maklumat spesifikasi setiap loji yang telah dipilih untuk pemeriksaan.
  3. Pemohon memuat naik dokumen sokongan yang berkaitan bagi permohonan pemeriksaan.

πŸ‘€ Peranan Terlibat & Syarat Permohonan​

Kriteria pemohon yang dibenarkan untuk menghantar permohonan Pemeriksaan Permulaan adalah seperti berikut:

Bil.Keterangan
1.Penghuni loji yang telah berdaftar sebagai PATK Tahap 1 dan PATK Tahap 2 pada sistem MyKKP.

Syarat-syarat bagi status loji yang dibenarkan untuk permohonan Pemeriksaan Permulaan adalah seperti berikut:

Bil.Status Loji
1.Aktif
2.Tidak Digunakan
3.Dilupuskan (Tidak dibenarkan untuk menukar status loji)

Jenis loji yang terlibat bagi permohonan Pemeriksaan Permulaan adalah seperti berikut:

Bil.Jenis Loji
1.PMA
2.PMA (Lif / Eskalator / Laluan Gerak)
3.PMD
4.PMT

πŸ“‚ Dokumen Sokongan​

Pemohon perlu menyediakan dokumen yang diperlukan bagi permohonan Pemeriksaan Permulaan seperti:

❗ PENTING

Dokumen yang bertanda ** wajib dimuat naik

Dandang Stim / Bejana Tekanan​

Bil.Pendaftaran BaruBerdaftar
1**Lampiran Sijil Pengujian Tekanan**Lampiran Sijil Pengujian Tekanan setelah;
a) Pindah lokasi;
b) Pengubahan; atau
c) Pembaikan.
2Lampiran Sijil Pengilang bagi Pepasanganpepasangan Perlu (Essential Fitting)Lain-Lain Dokumen Sokongan (Jika Perlu)
3Lampiran Laporan Data Pengilang (Manufacturer Data Report)
4Lain-Lain Dokumen Sokongan (Jika Perlu)

Jentera Mengangkat​

i. Selain Lif / Eskalator / Laluan Gerak

Bil.Pendaftaran BaruBerdaftar
1Kren Menara atau Pengangkat Penumpang WAJIB lampirkan dokumen oleh Orang Kompeten;
a) Penelitian asas tapak;
b)Integriti struktur; dan
c) Integriti komponen.

Kelengkapan Akses Digantung, Kren Dermaga atau Gantri Pelancaran WAJIB lampirkan dokumen oleh Orang Kompeten;
a) Integriti struktur; dan
b) Integriti komponen.

Lain-lain Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan WAJIB dilampirkan Laporan Penelitian jika laporan penelitian dinyatakan dalam verifikasi reka bentuk.
Kren Menara atau Pengangkat Penumpang WAJIB lampirkan dokumen oleh Orang Kompeten;
a) Penelitian asas tapak;
b) Integriti struktur; dan
c) Integriti komponen.

Kelengkapan Akses Digantung, Kren Dermaga atau Gantri Pelancaran WAJIB lampirkan dokumen oleh Orang Kompeten;
a) Integriti struktur; dan
b) Integriti komponen.

Lain-lain Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan WAJIB dilampirkan Laporan Penelitian jika laporan penelitian dinyatakan dalam verifikasi reka bentuk.
2Lampiran Sijil Komponen Keselamatan/Peranti KeselamatanLain-Lain Dokumen Sokongan (Jika Perlu)
3Lampiran Sijil Tali Dawai (Wire Rope/Chain/Belt Certificate)
4a) Lampiran Sijil Hoist/Winch/Hidraulik
b) Lampiran Sijil Pengilang (Origin Certificate)
c) Lampiran Borang K1 (Kastam Form Bagi Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan – Terpakai yang diimport)

Catatan: Lampiran (a) dan/atau (b) wajib untuk semua Jentera Mengangkat
5Sijil Komponen Mengankat dan takal mengangkat
6Lain-Lain Dokumen Sokongan (Jika Perlu)

ii. Lif

Bil.Pendaftaran BaruBerdaftar
1Lampiran Senarai Semak Pemeriksaan 27D Permulaan Loji Lif (contoh: JKJ166/JKJ167)Lampiran Senarai Semak Pemeriksaan 27D Permulaan Loji Lif (contoh: JKJ166/JKJ167)
2Lampiran Deklarasi Sistem LifLampiran Deklarasi Sistem Lif
3Lampiran Sijil dan Laporan Dari Pengilang atau Pembuat Kaca (jika berkaitan) (Hard and soft pendulum impact test as per EN 81-50)Lampiran Sijil dan Laporan Dari Pengilang atau Pembuat Kaca (jika berkaitan) (Hard and soft pendulum impact test as per EN 81-50)
4Lampiran Sijil Tali Dawai / Tali Sawat (Wire Rope/Belt Certificate) / Fiber Cert. Untuk Jenis Wire Rope LifLampiran Sijil Tali Dawai / Tali Sawat (Wire Rope/Belt Certificate) / Fiber Cert. Untuk Jenis Wire Rope Lif
5Lampiran Sijil Governor Rope / Jenis / Model Governor Yang DipasangLampiran Data Teknikal Berkaitan Pemasangan
6Lampiran Sijil Pengilang (Origin Certificate) yang mengandungi nombor siriLampiran Pengiraan Faktor Tali Keselamatan (Safety Factor)
7Lampiran Data Teknikal Berkaitan PemasanganLain-lain Dokumen Sokongan
8Lampiran Pengiraan Faktor Tali Keselamatan (Safety Factor)
9Lain-Lain Dokumen Sokongan (Jika Perlu)

iii. Eskalator / Laluan Gerak

Bil.Pendaftaran BaruBerdaftar
1Lampiran Senarai Semak Pemeriksaan 27D Permulaan Loji Eskalator (contoh: JKJ166/JKJ167)Lampiran Senarai Semak Pemeriksaan 27D Permulaan Loji Eskalator (contoh: JKJ166/JKJ167)
2Lampiran Deklarasi Sistem Eskalator/Laluan GerakLampiran Deklarasi Sistem Eskalator/Laluan Gerak
3Lampiran Data Teknikal Berkaitan PemasanganLampiran Data Teknikal Berkaitan Pemasangan
4Lampiran Sijil Pengilang (Origin Certificate) yang mengandungi nombor siriLampiran Senarai Komponen Keselamatan
5Lampiran Senarai Komponen KeselamatanLain-Lain Dokumen Sokongan (Jika Perlu)
6Lain-Lain Dokumen Sokongan (Jika Perlu)

🧭 Langkah-langkah Permohonan​

Akses Halaman Log Masuk MyKKP​

Klik pautan berikut: πŸ‘‰ Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP

  1. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  2. Klik butang Log Masuk.
ℹ️ INFO
  • Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
  • Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
  • Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini

Halaman Permohonan Pemeriksaan Permulaan​

Halaman Menu Utama

Halaman Menu Utama

  1. Klik pada butang Pendaftaran, Pemeriksaan, Pengujian Tempat Kerja/Loji/Projek Pembinaan.
  2. Klik Pendaftaran Loji Baru dan Pindah Loji.
  3. πŸ’‘ TIP
    Pastikan dashboard yang dipilih adalah dashboard Tempat Kerja/Kilang.
  4. Pilih butang radio Permohonan Pemeriksaan Permulaan Loji oleh Penghuni (Tempat Kerja).
  5. Klik butang Seterusnya.
ℹ️ INFO
Halaman Permohonan Pemeriksaan Permulaan Loji akan dipaparkan pada tab baru.

Pengisian Borang Permohonan Pemeriksaan Permulaan Loji​

Tab 1: Maklumat Am

Tab 1: Maklumat Am

Tab 1: Maklumat Am

  • Butang Rujukan: Klik butang berikut untuk merujuk Examination Report.
  1. Semak semua maklumat yang berkaitan.
  2. Isi maklumat pada medan di bahagian berikut:
    • Maklumat Am
    • Maklumat Alamat
    ❗ PENTING
    Sila pastikan medan pada tab Alamat Surat-Menyurat diisi sekiranya berbeza daripada Alamat Kedudukan.
    • Maklumat Hubungan
    ℹ️ INFO
    Untuk melakukan pengemaskinian di medan yang disabled, emelkan kepada mykkp@mohr.gov.my beserta letterhead.
  3. Klik butang Seterusnya.

Tab 2: Senarai Loji

Tab 2: Senarai Loji

Tab 2: Senarai Loji

πŸ’‘ TIP
Cara melakukan carian loji (Jika Perlu):
  1. Klik pada pilihan dropdown Kategori.
  2. Isi maklumat loji pada medan carian.
  3. Klik butang Carian Loji.
  1. Isi maklumat pada medan ruangan yang berkaitan. (Jika Perlu)
  2. Klik butang checkbox pada loji yang dikehendaki di jadual Senarai PTI.
  3. Klik butang Pilih Loji dan loji yang dipilih akan masuk ke jadual Senarai PTI Yang Dipilih Untuk Pemeriksaan.
  4. Klik butang Seterusnya.
ℹ️ INFO
Klik butang checkbox pada loji di jadual Senarai PTI Yang Dipilih Untuk Pemeriksaan dan klik butang Batal Pilihan Loji jika ingin membatalkan pemilihan loji.

Tab 3: Pengesahan Spesifikasi

Tab 3: Pengesahan Spesifikasi

Tab 3: Pengesahan Spesifikasi

  1. Klik butang Lihat Loji dan pop-up Pengesahan Spesifikasi akan dipaparkan.
    1. Klik butang Simpan selepas membuat semakan.
    2. Mesej berjaya yang dipaparkan. Klik butang OK pada pop-up tersebut.
    3. Pada pop-up Pengesahan Spesifikasi, klik butang Seterusnya.
    4. Ulangi langkah di atas bagi setiap tab dalam pop-up Pengesahan Spesifikasi, kemudian pada tab terakhir klik butang Pengesahan Spesifikasi.
    5. Butang Lihat Loji akan berubah dari warna oren menjadi warna hitam.
    6. Klik butang OK pada pop-up mesej berjaya yang dipaparkan.
  2. Klik butang Seterusnya.
⚠️ AMARAN
Permohonan tidak boleh diteruskan jika terdapat butang Lihat Loji yang masih berwarna oren.

Tab 4: Dokumen Sokongan

Tab 4: Dokumen Sokongan

Cara muat naik dokumen

  1. Klik butang Ikon cakera untuk memuat naik dokumen yang berkenaan pada medan bersyarat Wajib.
  2. Isi medan Diskripsi dan klik butang Choose File untuk memilih dokumen.
  3. ⚠️ AMARAN
    1. Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah mengikut format yang ditetapkan.
    2. Pastikan saiz dokumen tidak melebihi 20MB.
    3. Sila pastikan nama lampiran tidak mengandungi simbol. [Contoh: ! @ # $ % ^ & * ( ) - + dll...]
  4. Klik butang Simpan. Pop-up mesej berjaya akan dipaparkan dan klik butang OK.
  5. Dokumen yang berjaya dimuat naik akan dipaparkan dalam jadual Senarai Dokumen.
  6. ℹ️ INFO
    Bagi menghapuskan dokumen yang telah dimuat naik πŸ‘‰ Klik butang Hapus Fail pada Jadual Senarai Dokumen.
  7. Klik butang Tutup. Pada kolum Bil. Fail akan menunjukkan jumlah bilangan fail yang telah dimuat naik.
  8. Setelah selesai muat naik semua dokumen yang diwajibkan, klik butang Seterusnya.

Tab 5: Perakuan

Tab 5: Perakuan

  1. Klik pada butang checkbox Perakuan.
  2. Isi maklumat pada medan ruangan yang berkaitan.
  3. Klik butang Hantar.
  4. Pop-up mesej β€œPermohonan Anda Telah Berjaya Dihantar! No. Rujukan Permohonan anda adalah XX/PEMULA/XX/XXXXX” akan terpapar.
⚠️ AMARAN
Pastikan maklumat yang diisi adalah benar dan sah kerana permohonan yang telah dihantar TIDAK BOLEH dibatalkan oleh pemohon.

Sekiranya terdapat kesilapan atau keperluan untuk membatalkan permohonan, pemohon perlu menghubungi pihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya.

Talian Terus MyKKP
Emel: mykkp@mohr.gov.my
No. Faks: 03-6419 2525

πŸ” Semak Status Permohonan PEMULA​

A. Semak Status - Permohonan Sedang Diproses

Contoh Paparan Status Permohonan Sedang Diproses

Contoh Paparan Status Permohonan Sedang Diproses

  1. Klik butang menu Senarai Permohonan pada side-bar disebelah kiri untuk memaparkan halaman Senarai Permohonan.
  2. Klik butang Tindakan pada status Sedang Diproses bagi jenis permohonan PEMULA.
  3. Klik butang Lihat Maklumat untuk menyemak permohonan PEMULA.
  4. Semak permohonan yang telah diisi setelah selesai membuat permohonan PEMULA.

B. Semak Status - Permohonan Selesai Diproses

Contoh Paparan Status Permohonan Selesai Diproses

Contoh Paparan Status Permohonan Selesai Diproses

  1. Klik butang menu Senarai Permohonan pada side-bar disebelah kiri untuk memaparkan halaman Senarai Permohonan.
  2. Klik butang Tindakan pada status Selesai Diproses – Diluluskan / Selesai Diproses - Dibatalkan bagi jenis permohonan PEMULA.
  3. Klik butang Lihat Maklumat untuk menyemak permohonan PEMULA.
πŸ’‘ TIP
Senarai Surat Lulus, Surat Batal dan Surat Tolak akan dipaparkan pada medan Senarai Surat.
❗ PENTING

Pembayaran bil perlu dilakukan setelah permohonan Pemeriksaan Permulaan selesai diluluskan oleh pegawai JKKP.

πŸ“„ Pembayaran Pekhidmatan​

Senarai Pembayaran

Halaman Senarai Pembayaran

  1. Klik butang menu Pembayaran.
  2. Klik butang Lihat (Jika Perlu). Dokumen Kenyataan Bil Tuntutan akan dipaparkan pada tab baru.
  3. Klik butang Bayar dan pop-up pembayaran akan dipaparkan.
  4. ℹ️ INFO
    Terdapat dua (2) kaedah pembayaran utama dalam MYKKP iaitu Kad Kredit/Kad Debit dan FPX.
  5. Pilih kaedah pembayaran yang dikehendaki sama ada Kad Kredit/Kad Debit atau FPX.
  6. ℹ️ INFO
    Terdapat dua (2) pilihan pembayaran melalui FPX iaitu Online Banking dan Online Banking (B2B).
  7. Klik butang Bayar untuk meneruskan pembayaran.
  8. A. Pembayaran melalui Kad Kredit/Kad Debit

    1. Pilih butang Card.
    2. Pilihan Kaedah Pembayaran

      Pilihan Kaedah Pembayaran

    3. Klik butang Pay untuk meneruskan pembayaran secara Kad Debit/Kad Kredit.
    4. Isi maklumat Kad yang diperlukan.
    5. Klik butang Pay untuk meneruskan transaksi.

    B. Pembayaran melalui FPX

    1. Pilih butang Online Banking atau Online Banking (B2B).
    2. Pilihan Kaedah Pembayaran

      Pilihan Kaedah Pembayaran

    3. Pilih bank yang dikehendaki.
    4. Klik butang Pay untuk meneruskan pembayaran.
    5. Anda akan diarahkan ke laman bank yang dipilih.
    6. Log masuk ke akaun perbankan internet dan lengkapkan proses pembayaran.
    7. Setelah pembayaran berjaya, anda akan diarahkan semula ke sistem MYKKP dan status pembayaran akan dikemaskini.
    8. ⚠️ AMARAN

      Bagi pembayaran melalui Online Banking (B2B):

      • Pembayaran memerlukan kelulusan daripada pihak organisasi atau syarikat anda terlebih dahulu.
      • Status pembayaran akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk dikemaskini dalam sistem MYKKP selepas kelulusan diberikan.
  9. Selepas pembayaran berjaya, klik butang Lihat Resit untuk melihat salinan resit sebagai bukti pembayaran.
  10. Halaman Status Bayaran

    Halaman Status Bayaran

  11. Maklumat resit akan dipaparkan pada halaman tab baru.
πŸ’¬
Pembantu MyKKP
Soal jawab dokumentasi
AI

Hai! Saya pembantu dokumentasi MyKKP. Tanya saya apa-apa soalan tentang sistem MyKKP.

Cuba tanya: