π Permohonan Pemindahan Loji Hak Milik (PPLHM)
π Ringkasan Modulβ
Pemohon (Penghuni) membuat permohonan pemindahan loji hak milik dengan memilih senarai loji yang dikehendaki, membuat pemilihan pembukaan loji (jika perlu) dan tempat loji akan dipindahkan, memuat naik dokumen yang diperlukan dan menghantar permohonan.
π€ Peranan Terlibat & Syarat Permohonanβ
Kriteria pemohon yang dibenarkan untuk menghantar Permohonan Pemindahan Loji Hak Milik adalah seperti berikut:
- Penghuni yang telah berdaftar sebagai PATK Tahap 1 pada sistem MyKKP.
Syarat-syarat bagi status loji yang dibenarkan untuk Permohonan Pemindahan Loji Hak Milik adalah seperti berikut:
- Aktif.
- Tidak Digunakan.
- Dilupuskan (Tidak dibenarkan untuk menukar status loji)
Jenis jentera yang terlibat bagi Permohonan Pemindahan Loji Hak Milik adalah seperti berikut:
- PMA
- PMA (Lif)
- PMD
- PMT
π Dokumen Sokonganβ
Pemohon perlu menyediakan dokumen yang diperlukan bagi Permohonan Pemindahan Loji Pemunya seperti:
| Bil | Keterangan | Syarat |
|---|---|---|
| 1. | Surat Permohonan | Wajib |
| 2. | Rekod Pembelian / Penjualan / Surat Akuan daripada Suruhanjaya Sumpah | Wajib |
| 3. | Surat Akuan Lantikan Orang Kompeten bagi Pembukaan Loji (Jadual Ketujuh) | Jika Berkenaan |
| 4. | Geran Kenderaan | Jika Berkenaan |
| 5. | Lain β lain dokumen sokongan | Jika Berkenaan |
π§ Langkah-langkah Pemberitahuanβ
Langkah 1: Akses Halaman Log Masuk MyKKP
Klik pautan berikut: π Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP
- Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan.
- Klik butang Log Masuk.
- Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
- Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini
Langkah 2: Masuk Ke Halaman Permohonan Pemindahan Loji Hak Milik

Halaman Menu Utama
- Klik pada butang Pendaftaran, Pemeriksaan, Pengujian Tempat Kerja/Loji/Projek Pembinaan.
- Klik Pendaftaran Loji Baru dan Pindah Loji.
- Pilih butang radio Permohonan Pemindahan Loji Hak Milik.
- Klik butang Seterusnya.
Langkah 3: Pengisian Borang Permohonan Pemindahan Loji Hak Milikβ
A. Tab 1: Maklumat Am

Tab 1: Maklumat Am
- Semak semua maklumat yang berkaitan.
- Isi maklumat pada medan di bahagian berikut:
- Maklumat Am
- Maklumat Alamat
- Maklumat Hubungan
- Isi No. Pendaftaran Pemunya pada medan yang disediakan dan klik butang Carian No. Pendaftaran Pemunya.
- Maklumat pemunya yang dicari akan terpapar pada medan.
- Semak semua maklumat yang berkaitan.
- Klik butang Seterusnya.

Seksyen Maklumat Pemunya Asal
B. Tab 2: Maklumat Tempat Loji Akan Dipindahkan

Tab 2: Maklumat Tempat Loji Akan Dipindahkan
- Isi No. Pendaftaran Penghuni pada medan yang disediakan.dan klik butang Carian No. Pendaftaran Penghuni.
- Maklumat penghuni yang dicari akan terpapar pada medan
- Semak semua maklumat yang berkaitan.
- Klik butang Seterusnya.
C. Tab 3: Senarai Loji

Tab 3: Senarai Loji
- Pilih negeri lokasi loji pada CF/eDoket semasa.
- Isi No. Pendaftaran Loji pada medan carian dan klik butang Tambah Loji.
- Klik butang Pilih pada pop-up Maklumat Loji yang dipaparkan.
- Klik butang Ya dan loji berikut akan dipaparkan dalam jadual Senarai Loji Untuk Pindah Hak Milik.
D. Tab 4: Perihal Pemindahan

Tab 4: Perihal Pemindahan
- Klik butang
untuk memuat naik dokumen yang berkenaan pada medan bersyarat Wajib.
- Isi medan Diskripsi dan klik butang Choose File untuk memilih dokumen.
- Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah mengikut format yang ditetapkan.
- Pastikan saiz dokumen tidak melebihi 20MB.
- Sila pastikan nama lampiran tidak mengandungi simbol. [Contoh: ! @ # $ % ^ & * ( ) - + dll...]
- Klik butang Simpan. Pop-up mesej berjaya akan dipaparkan dan klik butang OK.
- Dokumen yang berjaya dimuat naik akan dipaparkan dalam jadual Senarai Dokumen.
- Klik butang Tutup. Pada kolum Bil. Fail akan menunjukkan jumlah bilangan fail yang telah dimuat naik.
- Setelah selesai muat naik semua dokumen yang diwajibkan, klik butang Seterusnya.
E. Tab 5: Dokumen Sokongan

Tab 5: Dokumen Sokongan
- Klik butang
untuk memuat naik dokumen yang berkenaan pada medan bersyarat Wajib.
- Isi medan Diskripsi dan klik butang Choose File untuk memilih dokumen.
- Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah mengikut format yang ditetapkan.
- Pastikan saiz dokumen tidak melebihi 20MB.
- Sila pastikan nama lampiran tidak mengandungi simbol. [Contoh: ! @ # $ % ^ & * ( ) - + dll...]
- Klik butang Simpan. Pop-up mesej berjaya akan dipaparkan dan klik butang OK.
- Dokumen yang berjaya dimuat naik akan dipaparkan dalam jadual Senarai Dokumen.
- Klik butang Tutup. Pada kolum Bil. Fail akan menunjukkan jumlah bilangan fail yang telah dimuat naik.
- Setelah selesai muat naik semua dokumen yang diwajibkan, klik butang Seterusnya.
F. Tab 6: Perakuan

Tab 6: Perakuan
- Klik pada butang checkbox Perakuan.
- Isi maklumat pada medan ruangan yang berkaitan.
- Klik butang Hantar.
- Pop-up mesej βPermohonan Anda Telah Berjaya Dihantar! No. Rujukan Permohonan anda adalah XX/PPLHM/XX/XXXXXβ akan terpapar.
Sekiranya terdapat kesilapan atau keperluan untuk membatalkan permohonan, pemohon perlu menghubungi pihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya.
Talian Terus MyKKP
Emel: mykkp@mohr.gov.my
No. Faks: 03-6419 2525
Langkah 4: Penyemakan Status Permohonan PPLHM
- Permohonan Sedang Diproses
- Permohonan Selesai Diproses
A. Semak Status - Permohonan Sedang Diproses

Contoh Paparan Status Permohonan Sedang Diproses
- Klik butang menu Senarai Permohonan pada side-bar disebelah kiri untuk memaparkan halaman Senarai Permohonan.
- Klik butang Tindakan pada status Sedang Diproses bagi jenis permohonan PPLHM.
- Klik butang Lihat Maklumat untuk menyemak permohonan PPLHM.
- Semak permohonan yang telah diisi setelah selesai membuat permohonan PPLHM.
B. Semak Status - Permohonan Selesai Diproses

Contoh Paparan Status Permohonan Selesai Diproses
- Klik butang menu Senarai Permohonan pada side-bar disebelah kiri untuk memaparkan halaman Senarai Permohonan.
- Klik butang Tindakan pada status Selesai Diproses β Diluluskan / Selesai Diproses - Dibatalkan bagi jenis permohonan PPLHM.
- Klik butang Lihat Maklumat untuk menyemak permohonan PPLHM.
Langkah 5: Penyemakan Surat Menyurat

Halaman Surat Menyurat
- Akses halaman Surat Menyurat dengan klik butang menu Surat Menyurat pada side-bar disebelah kiri.
- Klik butang dropdown Jenis Surat/Sijil pada medan Senarai Dokumen Modul State untuk memaparkan jenis surat/sijil.
- Pop-up Jenis Surat/Sijil akan dipaparkan. Pilih jenis surat yang dikehendaki pada butang radio.

Pop-up Jenis Surat/Sijil
- Klik butang OK dan klik butang Cari yang berada di sebelah kanan medan dropdown.
- Klik butang Lihat berdasarkan No. Rujukan Permohonan yang telah dibuat untuk memaparkan surat yang dikehendaki.