Permohonan Penarafan Status Kerajaan
π Ringkasan Modulβ
Modul Penarafan Status Kerajaan (PSK) merupakan sebuah proses yang membolehkan pemohon untuk membuat permohonan penarafan status kerajaan bagi tempat kerja yang telah didaftarkan di dalam MyKKP. Proses ini melibatkan beberapa langkah penting iaitu:
- Pemohon memilih status kerajaan yang berkaitan dengan tempat kerja untuk mendapatkan pengecualian pembayaran (OGS) bagi pemeriksaan β pemeriksaan yang akan dilakukan.
- Pemohon memuat naik lampiran yang diperlukan sebagai dokumen sokongan bagi permohonan yang dibuat.
π€ Peranan Terlibat & Syarat Permohonanβ
Kriteria pemohon yang dibenarkan untuk menghantar permohonan Penarafan Status Kerajaan adalah seperti berikut:
- Penghuni (Tempat Loji) telah berdaftar sebagai PATK Tahap 1 pada sistem MyKKP.
- Pemunya loji yang telah berdaftar sebagai PATK Tahap 1 pada sistem MyKKP.
π Dokumen Sokonganβ
Pemohon perlu menyediakan dokumen yang diperlukan bagi permohonan Penarafan Status Kerajaan seperti:
- Deklarasi rasmi daripada Ketua Jabatan menggunakan letterhead dan cap rasmi jabatan.
- Lain-lain dokumen sokongan.
π§ Langkah-langkah Permohonanβ
Langkah 1: Akses Halaman Log Masuk MyKKP
Klik pautan berikut: π Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP
- Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan.
- Klik butang Log Masuk.
- Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
- Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini
Langkah 2: Masuk Ke Halaman Permohonan Penarafan Status Kerajaan

Halaman Menu Utama
- Klik pada butang Pendaftaran, Pemeriksaan, Pengujian Tempat Kerja/Loji/Projek Pembinaan.
- Klik Pemberitahuan Tempat Kerja.
- Pilih butang radio Permohonan Penarafan Status Kerajaan.
- Klik butang Seterusnya.
Langkah 3: Pengisian Borang Permohonan Penarafan Status Kerajaanβ
A. Tab 1: Maklumat Am

Tab 1: Maklumat Am
- Semak semua maklumat yang berkaitan.
- Isi maklumat pada medan di bahagian berikut:
- Maklumat Am
- Maklumat Alamat
- Maklumat Hubungan
- Klik butang Seterusnya.
B. Tab 2: Perihal Permohonanβ

Tab 2: Perihal Permohonan
- Pilih status kerajaan pada butang radio.
- Isi maklumat di medan Ulasan / Perihal Permohonan.
- Klik butang Seterusnya.
C. Tab 3: Dokumen Sokongan

Tab 3: Dokumen Sokongan
- Klik butang
untuk memuat naik dokumen yang berkenaan pada medan bersyarat Wajib.
- Isi medan Diskripsi dan klik butang Choose File untuk memilih dokumen.
- Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah mengikut format yang ditetapkan.
- Pastikan saiz dokumen tidak melebihi 20MB.
- Sila pastikan nama lampiran tidak mengandungi simbol. [Contoh: ! @ # $ % ^ & * ( ) - + dll...]
- Klik butang Simpan. Pop-up mesej berjaya akan dipaparkan dan klik butang OK.
- Dokumen yang berjaya dimuat naik akan dipaparkan dalam jadual Senarai Dokumen.
- Klik butang Tutup. Pada kolum Bil. Fail akan menunjukkan jumlah bilangan fail yang telah dimuat naik.
- Setelah selesai muat naik semua dokumen yang diwajibkan, klik butang Seterusnya.
D. Tab 4: Perakuan

Tab 4: Perakuan
- Klik pada butang checkbox Perakuan.
- Isi maklumat pada medan ruangan yang berkaitan.
- Klik butang Hantar.
- Pop-up mesej βPermohonan Anda Telah Berjaya Dihantar! No. Rujukan Permohonan anda adalah XX/PSK/XX/XXXXXβ akan terpapar.
Sekiranya terdapat kesilapan atau keperluan untuk membatalkan permohonan, pemohon perlu menghubungi pihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya.
Talian Terus MyKKP
Emel: mykkp@mohr.gov.my
No. Faks: 03-6419 2525
Langkah 4: Penyemakan Status Permohonan PSK
- Permohonan Sedang Diproses
- Permohonan Selesai Diproses
A. Semak Status - Permohonan Sedang Diproses

Contoh Paparan Status Permohonan Sedang Diproses
- Klik butang menu Senarai Permohonan pada side-bar disebelah kiri untuk memaparkan halaman Senarai Permohonan.
- Klik butang Tindakan pada status Sedang Diproses bagi jenis permohonan PSK.
- Klik butang Lihat Maklumat untuk menyemak permohonan PSK.
- Semak permohonan yang telah diisi setelah selesai membuat permohonan PSK.
B. Semak Status - Permohonan Selesai Diproses

Contoh Paparan Status Permohonan Selesai Diproses
- Klik butang menu Senarai Permohonan pada side-bar disebelah kiri untuk memaparkan halaman Senarai Permohonan.
- Klik butang Tindakan pada status Selesai Diproses β Diluluskan / Selesai Diproses - Dibatalkan bagi jenis permohonan PSK.
- Klik butang Lihat Maklumat untuk menyemak permohonan PSK.
Langkah 5: Penyemakan Surat Menyurat

Halaman Surat Menyurat
- Akses halaman Surat Menyurat dengan klik butang menu Surat Menyurat pada side-bar disebelah kiri.
- Klik butang dropdown Jenis Surat/Sijil pada medan Senarai Dokumen Modul State untuk memaparkan jenis surat/sijil.
- Pop-up Jenis Surat/Sijil akan dipaparkan. Pilih jenis surat yang dikehendaki pada butang radio.

Pop-up Jenis Surat/Sijil
- Klik butang OK dan klik butang Cari yang berada di sebelah kanan medan dropdown.
- Klik butang Lihat berdasarkan No. Rujukan Permohonan yang telah dibuat untuk memaparkan surat yang dikehendaki.