Pemberitahuan Status Loji (PSL) - Pengecualian
π Ringkasan Modulβ
Modul Pemberitahuan Status Loji (Pengecualian) adalah proses yang membolehkan penghuni atau pemunya loji menghantar pemberitahuan senarai loji yang akan dikecualikan dari mana-mana permohonan atau pemeriksaan. Proses permohonan ini melibatkan beberapa langkah penting iaitu:
- Pemohon perlu memilih loji yang hendak dikecualikan dari senarai loji yang terdapat dalam sistem.
- Pemohon perlu mengisi ulasan pemberitahuan bagi setiap loji yang hendak dikecualikan.
- Pemohon perlu memuat naik segala maklumat dan dokumen sokongan yang diperlukan di dalam pemberitahuan.
π€ Peranan Terlibat & Syarat Permohonanβ
Kriteria pemohon yang dibenarkan untuk menghantar permohonan Pemberitahuan Status Loji (Pengecualian) adalah seperti berikut:
- Pemunya loji yang telah berdaftar sebagai PATK Tahap 1 untuk Pengecualian pada sistem MyKKP.
- Penghuni (Tempat Loji) yang telah berdaftar sebagai PATK Tahap 1 untuk Pengecualian pada sistem MyKKP.
Syarat-syarat bagi status loji yang dibenarkan untuk permohonan Pemberitahuan Status Loji (Pengecualian) adalah seperti berikut:
- Aktif
- Tidak digunakan
- Tindakan Aduan
Jenis jentera yang terlibat bagi permohonan Pemberitahuan Status Loji (Pengecualian) adalah seperti berikut:
- PMA
- PMA (Lif/Eskalator/Laluan Gerak)
- PMT
- PMD
π Dokumen Sokonganβ
Pemohon perlu menyediakan dokumen yang diperlukan bagi permohonan Pemberitahuan Status Loji (Pengecualian) seperti:
| Bil. | Keterangan | Syarat |
|---|---|---|
| 1. | Surat pemberitahuan (sila nyatakan sebab pengecualian). | Wajib |
| 2. | Gambar loji yang dikecualikan. | Tidak Wajib |
| 3. | Lain-lain dokumen sokongan. | Tidak Wajib |
π§ Langkah-langkah Permohonanβ
Langkah 1: Akses Halaman Log Masuk MyKKP
Klik pautan berikut: π Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP
- Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan.
- Klik butang Log Masuk.
- Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
- Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini
Langkah 2: Masuk Ke Halaman Permohonan Pemberitahuan Status Loji

Halaman Menu Utama
- Klik pada butang Pendaftaran, Pemeriksaan, Pengujian Tempat Kerja/Loji/Projek Pembinaan.
- Klik Pemberitahuan Berkaitan Loji.
- Pilih butang radio sama ada:
i. Pemberitahuan Status Loji β Tidak Digunakan/Pengecualian Oleh Penghuni (Tempat Kerja); ATAU
ii. Pemberitahuan Status Loji β Tidak Digunakan/Pengecualian Oleh Pemunya. - Klik butang Seterusnya.
Langkah 3: Pengisian Borang Permohonan Pemeriksaan Permulaan Lojiβ
A. Tab 1: Maklumat Am

Tab 1: Maklumat Am
- Semak semua maklumat yang berkaitan.
- Isi maklumat pada medan di bahagian berikut:
- Maklumat Am
- Maklumat Alamat
- Maklumat Hubungan
- Klik butang Seterusnya.
B. Tab 2: Senarai Loji

Tab 2: Senarai Loji
- Klik pada pilihan dropdown Kategori.
- Isi maklumat loji pada medan carian.
- Klik butang Carian Loji.
- Isi maklumat pada medan ruangan yang berkaitan. (Jika Perlu)
- Klik butang checkbox pada loji yang dikehendaki di jadual Senarai Loji Pemunya Yang Asal.
- Klik butang Pilih Loji dan loji yang dipilih akan masuk ke jadual Senarai Loji Untuk Pemberitahuan Dikecualikan/Tidak Digunakan.
- Klik butang Seterusnya.
C. Tab 3: Perihal Pemberitahuanβ

Tab 3: Perihal Pemberitahuan
- Klik butang Isi Ulasan. Pop-up Perihal Pemberitahuan akan dipaparkan.
- Isi maklumat di medan Ulasan Pemberitahuan dan klik butang Simpan.
- Klik butang Ok pada halaman pop-up Makluman yang memaparkan βUlasan berjaya disimpanβ.
- Klik butang Seterusnya.
Permohonan tidak boleh diteruskan jika terdapat butang Isi Ulasan yang masih berwarna oren.
D. Tab 4: Dokumen Sokongan

Tab 4: Dokumen Sokongan
- Klik butang
untuk memuat naik dokumen yang berkenaan pada medan bersyarat Wajib.
- Isi medan Diskripsi dan klik butang Choose File untuk memilih dokumen.
- Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah mengikut format yang ditetapkan.
- Pastikan saiz dokumen tidak melebihi 20MB.
- Sila pastikan nama lampiran tidak mengandungi simbol. [Contoh: ! @ # $ % ^ & * ( ) - + dll...]
- Klik butang Simpan. Pop-up mesej berjaya akan dipaparkan dan klik butang OK.
- Dokumen yang berjaya dimuat naik akan dipaparkan dalam jadual Senarai Dokumen.
- Klik butang Tutup. Pada kolum Bil. Fail akan menunjukkan jumlah bilangan fail yang telah dimuat naik.
- Setelah selesai muat naik semua dokumen yang diwajibkan, klik butang Seterusnya.
E. Tab 5: Perakuan

Tab 5: Perakuan
- Klik pada butang checkbox Perakuan.
- Isi maklumat pada medan ruangan yang berkaitan.
- Klik butang Hantar.
- Pop-up mesej βPermohonan Anda Telah Berjaya Dihantar! No. Rujukan Permohonan anda adalah XX/PSL/XX/XXXXXβ akan terpapar.
Sekiranya terdapat kesilapan atau keperluan untuk membatalkan permohonan, pemohon perlu menghubungi pihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya.
Talian Terus MyKKP
Emel: mykkp@mohr.gov.my
No. Faks: 03-6419 2525
Langkah 4: Penyemakan Status Permohonan PSL
- Permohonan Sedang Diproses
- Permohonan Selesai Diproses
A. Semak Status - Permohonan Sedang Diproses

Contoh Paparan Status Permohonan Sedang Diproses
- Klik butang menu Senarai Permohonan pada side-bar disebelah kiri untuk memaparkan halaman Senarai Permohonan.
- Klik butang Tindakan pada status Sedang Diproses bagi jenis permohonan PSL.
- Klik butang Lihat Maklumat untuk menyemak permohonan PSL.
- Semak permohonan yang telah diisi setelah selesai membuat permohonan PSL.
B. Semak Status - Permohonan Selesai Diproses

Contoh Paparan Status Permohonan Selesai Diproses
- Klik butang menu Senarai Permohonan pada side-bar disebelah kiri untuk memaparkan halaman Senarai Permohonan.
- Klik butang Tindakan pada status Selesai Diproses β Diluluskan / Selesai Diproses - Dibatalkan bagi jenis permohonan PSL.
- Klik butang Lihat Maklumat untuk menyemak permohonan PSL.
Langkah 5: Penyemakan Surat Menyurat

Halaman Surat Menyurat
- Akses halaman Surat Menyurat dengan klik butang menu Surat Menyurat pada side-bar disebelah kiri.
- Klik butang dropdown Jenis Surat/Sijil pada medan Senarai Dokumen Modul State untuk memaparkan jenis surat/sijil.
- Pop-up Jenis Surat/Sijil akan dipaparkan. Pilih jenis surat yang dikehendaki pada butang radio.

Pop-up Jenis Surat/Sijil
- Klik butang OK dan klik butang Cari yang berada di sebelah kanan medan dropdown.
- Klik butang Lihat berdasarkan No. Rujukan Permohonan yang telah dibuat untuk memaparkan surat yang dikehendaki.