Skip to main content

Pemberitahuan Status Loji (PSL) - Tidak Digunakan

πŸ“Œ Ringkasan Modul​

Modul Pemberitahuan Status Loji (Tidak Digunakan) adalah proses yang membolehkan penghuni atau pemunya loji menghantar pemberitahuan senarai loji yang tidak akan digunakan. Proses permohonan ini melibatkan beberapa langkah penting iaitu:

  • Pemohon perlu memilih loji yang tidak digunakan dari senarai loji yang terdapat dalam sistem.
  • Pemohon perlu mengisi ulasan pemberitahuan bagi setiap loji yang tidak digunakan.
  • Pemohon perlu memuat naik segala maklumat dan dokumen sokongan yang diperlukan di dalam pemberitahuan.

πŸ‘€ Peranan Terlibat & Syarat Permohonan​

Kriteria pemohon yang dibenarkan untuk menghantar permohonan Pemberitahuan Status Loji (Tidak Digunakan) adalah seperti berikut:

  1. Pemunya loji yang telah berdaftar sebagai PATK Tahap 1 untuk Tidak Digunakan pada sistem MyKKP.
  2. Penghuni (Tempat Loji) yang telah berdaftar sebagai PATK Tahap 1 untuk Tidak Digunakan pada sistem MyKKP.

Syarat-syarat bagi status loji yang dibenarkan untuk permohonan Pemberitahuan Status Loji (Tidak Digunakan) adalah seperti berikut:

  1. Aktif
  2. Tidak digunakan
  3. Tindakan Aduan

Jenis jentera yang terlibat bagi permohonan Pemberitahuan Status Loji (Tidak Digunakan) adalah seperti berikut:

  1. PMA
  2. PMA (Lif/Eskalator/Laluan Gerak)
  3. PMT
  4. PMD

πŸ“‚ Dokumen Sokongan​

Pemohon perlu menyediakan dokumen yang diperlukan bagi permohonan Pemberitahuan Status Loji (Tidak Digunakan) seperti:

Bil.KeteranganSyarat
1.Surat pemberitahuan (sila nyatakan sebab tidak digunakan).Wajib
2.Gambar loji yang tidak gunakan.Tidak Wajib
3.Lain-lain dokumen sokongan.Tidak Wajib

🧭 Langkah-langkah Permohonan​

Langkah 1: Akses Halaman Log Masuk MyKKP

Klik pautan berikut: πŸ‘‰ Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP

  1. Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan.
  2. Klik butang Log Masuk.
ℹ️ INFO
  • Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
  • Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
  • Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini

Langkah 2: Masuk Ke Halaman Permohonan Pemberitahuan Status Loji

Halaman Menu Utama

Halaman Menu Utama

  1. Klik pada butang Pendaftaran, Pemeriksaan, Pengujian Tempat Kerja/Loji/Projek Pembinaan.
  2. Klik Pemberitahuan Berkaitan Loji.
πŸ’‘ TIP
Pastikan dashboard yang dipilih adalah dashboard Tempat Kerja/Kilang.
  1. Pilih butang radio sama ada:
    i. Pemberitahuan Status Loji – Tidak Digunakan/Pengecualian Oleh Penghuni (Tempat Kerja); ATAU
    ii. Pemberitahuan Status Loji – Tidak Digunakan/Pengecualian Oleh Pemunya
    .
  2. Klik butang Seterusnya.
ℹ️ INFO
Halaman Permohonan Pemberitahuan Status Loji akan dipaparkan pada tab baru.

Langkah 3: Pengisian Borang Permohonan Pemeriksaan Permulaan Loji​

A. Tab 1: Maklumat Am

Tab 1: Maklumat Am

Tab 1: Maklumat Am

    1. Semak semua maklumat yang berkaitan.
    2. Isi maklumat pada medan di bahagian berikut:
      • Maklumat Am
      • Maklumat Alamat
      ❗ PENTING
      Sila pastikan medan pada tab Alamat Surat-Menyurat diisi sekiranya berbeza daripada Alamat Kedudukan.
      • Maklumat Hubungan
    ℹ️ INFO
    Untuk melakukan pengemaskinian di medan yang disabled, emelkan kepada mykkp@mohr.gov.my beserta letterhead.
    1. Klik butang Seterusnya.

    B. Tab 2: Senarai Loji

    Tab 2: Senarai Loji

    Tab 2: Senarai Loji

    πŸ’‘ TIP
    Cara melakukan carian loji (Jika Perlu):
    1. Klik pada pilihan dropdown Kategori.
    2. Isi maklumat loji pada medan carian.
    3. Klik butang Carian Loji.
    1. Isi maklumat pada medan ruangan yang berkaitan. (Jika Perlu)
    2. Klik butang checkbox pada loji yang dikehendaki di jadual Senarai Loji Pemunya Yang Asal.
    3. Klik butang Pilih Loji dan loji yang dipilih akan masuk ke jadual Senarai Loji Untuk Pemberitahuan Dikecualikan/Tidak Digunakan.
    4. Klik butang Seterusnya.
    ℹ️ INFO
    Klik butang checkbox pada loji di jadual Senarai Loji Untuk Pemberitahuan Dikecualikan/Tidak Digunakan dan klik butang Batal Pilihan Loji jika ingin membatalkan pemilihan loji.

    C. Tab 3: Perihal Pemberitahuan​

    Tab 3: Perihal Pemberitahuan

    Tab 3: Perihal Pemberitahuan

    1. Klik butang Isi Ulasan. Pop-up Perihal Pemberitahuan akan dipaparkan.
    2. Isi maklumat di medan Ulasan Pemberitahuan dan klik butang Simpan.
    3. Klik butang Ok pada halaman pop-up Makluman yang memaparkan β€œUlasan berjaya disimpan”.
    4. Klik butang Seterusnya.
    ℹ️ INFO

    Permohonan tidak boleh diteruskan jika terdapat butang Isi Ulasan yang masih berwarna oren.


    D. Tab 4: Dokumen Sokongan

    Tab 4: Dokumen Sokongan

    Tab 4: Dokumen Sokongan

    1. Klik butang untuk memuat naik dokumen yang berkenaan pada medan bersyarat Wajib.
    2. Isi medan Diskripsi dan klik butang Choose File untuk memilih dokumen.
    ⚠️ AMARAN
    1. Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah mengikut format yang ditetapkan.
    2. Pastikan saiz dokumen tidak melebihi 20MB.
    3. Sila pastikan nama lampiran tidak mengandungi simbol. [Contoh: ! @ # $ % ^ & * ( ) - + dll...]
    1. Klik butang Simpan. Pop-up mesej berjaya akan dipaparkan dan klik butang OK.
    2. Dokumen yang berjaya dimuat naik akan dipaparkan dalam jadual Senarai Dokumen.
    ℹ️ INFO
    Bagi menghapuskan dokumen yang telah dimuat naik πŸ‘‰ Klik butang Hapus Fail pada Jadual Senarai Dokumen.
    1. Klik butang Tutup. Pada kolum Bil. Fail akan menunjukkan jumlah bilangan fail yang telah dimuat naik.
    2. Setelah selesai muat naik semua dokumen yang diwajibkan, klik butang Seterusnya.

    E. Tab 5: Perakuan

    Tab 5: Perakuan

    Tab 5: Perakuan

    1. Klik pada butang checkbox Perakuan.
    2. Isi maklumat pada medan ruangan yang berkaitan.
    3. Klik butang Hantar.
    4. Pop-up mesej β€œPermohonan Anda Telah Berjaya Dihantar! No. Rujukan Permohonan anda adalah XX/PSL/XX/XXXXX” akan terpapar.
    ⚠️ AMARAN
    Pastikan maklumat yang diisi adalah benar dan sah kerana permohonan yang telah dihantar TIDAK BOLEH dibatalkan oleh pemohon.

    Sekiranya terdapat kesilapan atau keperluan untuk membatalkan permohonan, pemohon perlu menghubungi pihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya.

    Talian Terus MyKKP
    Emel: mykkp@mohr.gov.my
    No. Faks: 03-6419 2525

    Langkah 4: Penyemakan Status Permohonan PSL

    Contoh Paparan Status Permohonan Sedang Diproses

    Contoh Paparan Status Permohonan Sedang Diproses

    1. Klik butang menu Senarai Permohonan pada side-bar disebelah kiri untuk memaparkan halaman Senarai Permohonan.
    2. Klik butang Tindakan pada status Sedang Diproses bagi jenis permohonan PSL.
    3. Klik butang Lihat Maklumat untuk menyemak permohonan PSL.
    4. Semak permohonan yang telah diisi setelah selesai membuat permohonan PSL.

    Langkah 5: Penyemakan Surat Menyurat

    Halaman Surat Menyurat

    Halaman Surat Menyurat

    1. Akses halaman Surat Menyurat dengan klik butang menu Surat Menyurat pada side-bar disebelah kiri.
    2. Klik butang dropdown Jenis Surat/Sijil pada medan Senarai Dokumen Modul State untuk memaparkan jenis surat/sijil.
    3. Pop-up Jenis Surat/Sijil akan dipaparkan. Pilih jenis surat yang dikehendaki pada butang radio.
    Pop-up Jenis Surat/Sijil

    Pop-up Jenis Surat/Sijil

    1. Klik butang OK dan klik butang Cari yang berada di sebelah kanan medan dropdown.
    2. Klik butang Lihat berdasarkan No. Rujukan Permohonan yang telah dibuat untuk memaparkan surat yang dikehendaki.