📝 Pembaharuan Sijil Penyelia Keselamatan Tapak
Langkah 1: Akses Halaman Log Masuk MyKKP
Klik pautan berikut: 👉 Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP
- Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan.
- Klik butang Log Masuk.
ℹ️ INFO
- Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
- Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini
Langkah 2: Masuk Ke Halaman Pembaharuan Penyelia Keselamatan Tapak

Halaman Menu Utama
💡 TIP
Pastikan dashboard yang dipilih adalah dashboard Orang Kompeten.

Halaman Maklumat OK
- Klik butang menu Profil Saya yang terdapat pada menu di sebelah kiri.
- Klik butang sub-menu Maklumat OK yang terdapat dalam pilihan menu Profil Saya.
- Halaman Maklumat OK/Orang Terlatih akan dipaparkan seperti di bawah.
- Pada Senarai Kompetensi Yang Diluluskan, klik butang Pembaharuan untuk membuat permohonan pembaharuan bagi no. pendaftaran jenis OYKOKren.
ℹ️ INFO
Halaman pembaharuan Penyelia Keselamatan Tapak akan dipaparkan pada tab baharu.
Langkah 3: Pengisian Borang Pembaharuan Penyelia Keselamatan Tapak
A. Tab 1: Maklumat Am

Tab 1: Maklumat Am
- Contoh Gambar: Klik pada link berikut untuk melihat format gambar yang menepati syarat.
- Semak untuk memastikan Maklumat Am anda adalah maklumat yang terkini.
- Klik butang Seterusnya.
ℹ️ INFO
Untuk mengemaskini Maklumat Am, sila rujuk 👉 Kemaskini Maklumat Am.
B. Tab 2: Maklumat Majikan

Tab 2: Maklumat Majikan
- Pilih salah satu (1) antara Status Majikan berikut:
- Ada Majikan:
- Klik butang Carian Majikan dan pop-up akan dipaparkan.
- Isi nama majikan dan klik butang Cari.
⚠️ AMARANPastikan majikan anda telah berdaftar dalam sistem MyKKP terlebih dahulu. Jika majikan yang dicari tidak dijumpai, Sila lakukan Pemberitahuan Tempat Kerja.- Klik butang Pilih pada maklumat majikan yang dikehendaki.
- Maklumat majikan yang dipilih akan terpapar pada medan.
- Tiada Majikan: Tidak perlu mengisi maklumat.
- Majikan Luar Negara: Isi maklumat pada medan ruangan yang berkaitan.
- Ada Majikan:
- Klik butang Seterusnya.
C. Tab 3: Maklumat CEP

Tab 3: Maklumat CEP
- Pengemaskinian maklumat CEP boleh dilakukan seperti berikut:
- Klik butang Sila klik disini untuk mengisi maklumat CEP.
- Pop-up Jadual CEP akan dipaparkan.
- Klik butang Tambah Baru.
- Isi maklumat pada medan ruangan yang berkaitan dan klik butang Hantar.
- Skrol ke bahagian bawah dan klik butang Urus Dokumen.
- Klik butang Tambah Dokumen untuk memuat naik dokumen PDF yang berkenaan pada medan bersyarat Wajib.
- Isi medan Diskripsi dan klik butang Choose File untuk memilih dokumen.
- Klik butang Simpan. Pop-up mesej berjaya akan dipaparkan dan klik butang OK.
- Dokumen yang berjaya dimuat naik akan dipaparkan dalam Jadual Senarai Dokumen
- Klik butang Tutup. Pada kolum Bil. Fail akan menunjukkan jumlah bilangan fail yang telah dimuat naik.
- Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah mengikut format yang ditetapkan.
- Pastikan saiz dokumen tidak melebihi 20MB.
- Sila pastikan nama lampiran tidak mengandungi simbol. [Contoh: ! @ # $ % ^ & * ( ) - + dll...]
- Klik butang Seterusnya.

Pop-up Jadual CEP
⚠️ AMARAN
ℹ️ INFO
Bagi menghapuskan dokumen yang telah dimuat naik 👉 Klik butang Hapus Fail pada Jadual Senarai Dokumen.
D. Tab 4: Sijil Kompetensi

Tab 4: Sijil Kompetensi
- Rekod Sijil Kompetensi akan terpapar sekiranya pemohon memiliki Sijil Kompetensi yang lain.
- Klik butang Seterusnya.
E. Tab 5: Maklumat Perubatan

Tab 5: Maklumat Perubatan
- Isi pada medan yang disediakan.
- Klik butang Seterusnya.
⚠️ AMARAN
Pemberitahuan tidak boleh diteruskan jika terdapat medan mandatori yang tidak diisi.
F. Tab 6: Dokumen Sokongan

Tab 6: Dokumen Sokongan
- Klik butang
untuk memuat naik dokumen PDF yang berkenaan pada medan bersyarat Wajib.
- Isi medan Diskripsi dan klik butang Choose File untuk memilih dokumen.
- Klik butang Simpan. Pop-up mesej berjaya akan dipaparkan dan klik butang OK.
- Dokumen yang berjaya dimuat naik akan dipaparkan dalam Jadual Senarai Dokumen
- Klik butang Tutup. Pada kolum Bil. Fail akan menunjukkan jumlah bilangan fail yang telah dimuat naik.
⚠️ AMARAN
- Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah mengikut format yang ditetapkan.
- Pastikan saiz dokumen tidak melebihi 20MB.
- Sila pastikan nama lampiran tidak mengandungi simbol. [Contoh: ! @ # $ % ^ & * ( ) - + dll...]
ℹ️ INFO
Bagi menghapuskan dokumen yang telah dimuat naik 👉 Klik butang Hapus Fail pada Jadual Senarai Dokumen.
G. Tab 7: Perakuan

Tab 7: Perakuan
- Klik pada butang checkbox Perakuan.
- Isi maklumat pada medan Jawatan dan klik butang Hantar.
- Pop-up mesej “Permohonan Anda Telah Berjaya Dihantar! No. Rujukan Permohonan anda adalah XX/XX/XXX/XXXX” akan terpapar
- Klik butang OK dan paparan akan kembali kepada Dashboard pemohon.
❗ PENTING
Pemohon perlu membuat pembayaran Fi Pemprosesan dalam masa 7 hari dari tarikh penghantaran permohonan. Jika pembayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, permohonan akan digugurkan secara automatik oleh sistem.
Untuk membuat pembayaran, sila rujuk 👉 Cara Pembayaran Fi.

Pop-up Mesej Berjaya