đ Pelaporan Orang Kompeten (OK)
Akses Halaman Log Masukâ
Klik pautan berikut: đ Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Klik butang Log Masuk.
- Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
- Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini
Halaman Maklumat OK / Orang Terlatihâ

Halaman Menu Utama
- Pada halaman Menu Utama, klik pada butang Profil Saya dan seterusnya pada butang Maklumat OK.
- Pastikan dashboard yang dipilih adalah dashboard Orang Kompeten.

Halaman Profil Saya - Maklumat OK / Orang Terlatih
- Halaman Maklumat OK / Orang Terlatih akan dipaparkan.
- Skrol ke bawah dan pergi ke bahagian Senarai Kompetensi Yang Diluluskan.
- Klik butang Lihat Slip untuk melihat paparan Slip Ringkas Perakuan Pendaftaran.
- Klik butang Pembaharuan untuk membuat permohonan pembaharuan bagi Orang Kompeten yang akan atau telah tamat tempoh.
- Klik butang Pelaporan OK untuk membuat pelaporan Orang Kompeten bagi modul yang dikehendaki.
Bagi Pelaporan OK, modul Orang Kompeten yang terlibat adalah seperti berikut:
- Penaksir Risiko Bising (OYKPEB)
- Juruteknik Higien 1 (OYKJHI)
- Juruteknik Higien 2 (OYKJHII)
- Pengapit (OYKCHRA)
- Kualiti Udara Dalaman (OYKIAQ)
- Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan (OYKAGTES)
- Penyelia Keselamatan Tapak Bina (OYKSSS)
- Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (OYKSHO)
- Major Hazard (OYKMH)
Pengisian Pelaporan Orang Kompeten (OK)â
Tab 1: Maklumat Pemohonâ
Halaman Pelaporan Orang Kompeten berdasarkan jenis Orang Kompeten adalah seperti berikut:
- Orang Kompeten Penaksir Risiko Bising (OYKPEB)
- Selain Penaksir Risiko Bising (OYKPEB)
A. Pelaporan OK - Penaksir Risiko Bising (OYKPEB)

Paparan Tab 1: Maklumat Pemohon - Orang Kompeten Penaksir Risiko Bising (OYKPEB)
Medan Tarikh Mula Penaksiran, Tarikh Akhir Penaksiran dan jadual Penaksiran Risiko Bising hanya akan dipaparkan jika modul Orang Kompeten Penaksir Risiko Bising (OYKPEB) dipilih.
- Halaman Tab 1: Maklumat Pemohon akan dipaparkan.
- Klik butang Carian pada medan No. Daftar Tempat Kerja untuk membuat carian maklumat tempat kerja.

Paparan pop-up Carian Tempat Kerja
- Isi nama tempat kerja pada medan Carian Majikan dan klik butang Cari.
- Klik butang Pilih pada nama tempat kerja yang dikehendaki. Maklumat tempat kerja akan dipaparkan.
- Pilih tarikh pada medan Tarikh Mula Penaksiran dan Tarikh Akhir Penaksiran.
- Isi maklumat yang diperlukan pada medan ruangan yang disediakan.
- Klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.

Paparan Tab 1: Maklumat Pemohon - OYKPEB setelah disimpan
- Jadual Penaksiran Risiko Bising akan dipaparkan.
- Klik butang Tambah untuk menambah maklumat penaksiran risiko bising.
- Klik butang Kemaskini untuk mengemaskini maklumat yang telah ditambah.
- Klik butang Hapus untuk menghapuskan maklumat penaksiran yang dikehendaki.
- Klik butang Seterusnya untuk ke halaman tab selanjutnya.
B. Pelaporan OK - Selain Penaksir Risiko Bising (OYKPEB)

Contoh Paparan Pelaporan Orang Kompeten - Selain Penaksir Risiko Bising (OYKPEB)
- Halaman Tab 1: Maklumat Pemohon akan dipaparkan.
- Klik butang Carian pada medan No. Daftar Tempat Kerja untuk membuat carian maklumat tempat kerja.

Paparan pop-up Carian Tempat Kerja
- Isi nama tempat kerja pada medan Carian Majikan dan klik butang Cari.
- Klik butang Pilih pada nama tempat kerja yang dikehendaki. Maklumat tempat kerja akan dipaparkan.
- Isi maklumat yang diperlukan pada medan ruangan yang disediakan.
- Klik butang Seterusnya untuk ke halaman tab selanjutnya.
Tab 2: Dokumen Sokongan

Tab 2: Dokumen Sokongan
- Klik butang
untuk memuat naik dokumen PDF yang berkenaan pada medan bersyarat Wajib.
- Isi medan Diskripsi dan klik butang Choose File untuk memilih dokumen.
- Klik butang Simpan. Pop-up mesej berjaya akan dipaparkan dan klik butang OK.
- Dokumen yang berjaya dimuat naik akan dipaparkan dalam jadual Senarai Dokumen.
- Klik butang Tutup. Pada kolum Bil. Fail akan menunjukkan jumlah bilangan fail yang telah dimuat naik.
- Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah mengikut format yang ditetapkan.
- Pastikan saiz dokumen tidak melebihi 20MB.
- Sila pastikan nama lampiran tidak mengandungi simbol. [Contoh: ! @ # $ % ^ & * ( ) - + dll...]
- Klik butang Hantar untuk menghantar maklumat pelaporan orang kompeten.
- Perakuan Penghantaran Pelaporan OK akan dipaparkan pada halaman tab baru.
- Pop-up no. rujukan Pelaporan OK akan dipaparkan.
- Klik butang OK.
Semakan Maklumat Pelaporan OKâ

Halaman Maklumat OK / Orang Terlatih - Senarai Pelaporan OK
- Kembali semula ke halaman Profil Saya - Maklumat OK / Orang Terlatih.
- Skrol ke bawah dan pergi ke bahagian Senarai Pelaporan OK.
- Klik butang Lihat pada Senarai Pelaporan OK yang dikehendaki.
- Halaman Pelaporan Orang Kompeten yang telah dihantar akan dipaparkan pada tab baru.