đ Pemberitahuan Tempat Kerja
đ Pengenalanâ
Pemberitahuan Tempat Kerja (PEMTK) merupakan sebuah proses yang membolehkan pemohon untuk mendaftarkan dan memaklumkan kewujudan tempat kerja ke dalam sistem MyKKP.
đ Dokumen Sokonganâ
Pemohon perlu menyediakan dokumen yang diperlukan bagi permohonan Pemberitahuan Tempat Kerja seperti:
| Bil | Keterangan | Syarat |
|---|---|---|
| 1. | Pelan Kedudukan Tempat Kerja (Lokasi Tempat Kerja) | Wajib |
| 2. | Sijil Perniagaan SSM (Pembuktian kewujudan syarikat) | Wajib |
| 3. | Rajah Perjalanan Proses (Carta Alir Kerja Flowchart) | Tidak Wajib |
| 4. | Pelan Susun Atur Jentera (Berdasarkan Carta Alir) | Tidak Wajib |
| 5. | Surat dari pihak berkuasa tempatan mengenai tapak kilang, bangunan dan lesen perniagaan 1 | Tidak Wajib |
| 6. | Surat Jabatan Bomba | Tidak Wajib |
| 7. | Lain-lain dokumen sokongan | Tidak Wajib |
đ§ Langkah-langkah Pemberitahuanâ
Langkah 1: Akses Halaman Log Masuk MyKKP
Klik pautan berikut: đ Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP
- Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan.
- Klik butang Log Masuk.
âšī¸ INFO
- Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
- Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini
Langkah 2: Masuk ke Halaman Pemberitahuan Tempat Kerjaâ

Halaman Menu Utama
- Klik menu Pendaftaran, Pemeriksaan, Pengujian dan Pemberitahuan Tempat Kerja/Loji/Projek Pembinaan.
đĄ TIP
- Klik menu Pemberitahuan Tempat Kerja dan pop-up akan dipaparkan.
- Klik butang radio Pemberitahuan Tempat Kerja (PEMTK) dan klik butang Seterusnya.
âšī¸ INFO
Langkah 3: Pengisian Borang Pemberitahuan Tempat Kerjaâ
A. Tab 1: Maklumat Amâ

Tab 1: Maklumat Am
- Isi maklumat yang dikehendaki pada ruangan Maklumat Tempat Kerja.
- Klik butang Carian dan pop-up Carian Organisasi akan dipaparkan.

Pop-up Carian Organisasi
- Isi nama organisasi pada medan carian dan klik butang Cari.
- Klik butang radio pada pilihan nama organisasi dan klik butang Pilih.
âšī¸ INFO
- Isi maklumat yang dikehendaki pada ruangan Maklumat Pemunya.
- Klik butang Seterusnya.
â ī¸ AMARAN
Pemberitahuan tidak boleh diteruskan jika terdapat medan mandatori yang tidak diisi.
B. Tab 2: Maklumat Sektorâ

Tab 2: Maklumat Sektor
- Isi maklumat yang dikehendaki pada semua medan mandatori.
- Klik butang Seterusnya untuk meneruskan ke Tab 3.
C. Tab 3: Maklumat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaanâ

Tab 3: Maklumat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Isi maklumat yang dikehendaki pada semua medan mandatori.
- Klik butang Carian pada medan Maklumat Kompetensi untuk mengisi Nama OSH Coordinator.
- Klik butang OK pada pop-up Berjaya yang dipaparkan.
- Klik butang Seterusnya untuk meneruskan ke Tab 4.
D. Tab 4: Dokumen Sokonganâ

Tab 4: Dokumen Sokongan
- Klik butang
untuk memuat naik dokumen PDF yang berkenaan pada medan bersyarat Wajib.
- Isi medan Diskripsi dan klik butang Choose File untuk memilih dokumen.
- Klik butang Simpan. Pop-up mesej berjaya akan dipaparkan dan klik butang OK.
- Dokumen yang berjaya dimuat naik akan dipaparkan dalam Jadual Senarai Dokumen.
- Klik butang Tutup. Pada kolum Bil. Fail akan menunjukkan jumlah bilangan fail yang telah dimuat naik.
đĄ TIP
E. Tab 5: Perakuanâ

Tab5: Perakuan
- Klik checkbox Perakuan dan isi maklumat yang dikehendaki pada semua medan mandatori.
- Klik butang Hantar untuk menghantar tugasan yang telah selesai.
- Tekan butang OK pada pop-up mesej berjaya.
âšī¸ INFO
Langkah 4: Penyemakan Status Permohonan PEMTKâ
A. Semak status permohonan sedang diprosesâ

Halaman Senarai Permohonan
- Klik butang menu Senarai Permohonan pada side-bar disebelah kiri untuk memaparkan halaman Senarai Permohonan.
- Klik butang Tindakan pada status Sedang Diproses bagi jenis permohonan PEMTK.
- Klik butang Lihat Permohonan untuk menyemak permohonan PEMTK.
- Semak permohonan yang telah diisi setelah selesai membuat permohonan PEMTK.
B. Semak status permohonan setelah selesai prosesâ

Halaman Senarai Permohonan
- Klik butang menu Senarai Permohonan pada side-bar disebelah kiri untuk memaparkan halaman Senarai Permohonan.
- Klik butang Tindakan pada status Selesai Diproses â Diluluskan / Selesai Diproses - Dibatalkan bagi jenis permohonan PEMTK.
- Klik butang Lihat Maklumat untuk menyemak permohonan PEMTK.
- Semak maklumat yang telah diisi setelah selesai proses PEMTK.
đĄ TIP
Langkah 5: Penyemakan Surat Menyuratâ

Halaman Surat Menyurat
- Akses halaman Surat Menyurat dengan klik butang menu Surat Menyurat pada side-bar disebelah kiri.
- Klik butang dropdown Jenis Surat/Sijil pada medan Senarai Dokumen Modul State untuk memaparkan jenis surat/sijil.
- Pop-up Jenis Surat/Sijil akan dipaparkan. Pilih jenis surat yang dikehendaki pada butang radio.

Pop-up Jenis Surat/Sijil
- Klik butang OK dan klik butang Cari yang berada di sebelah kanan medan dropdown.
- Klik butang Lihat berdasarkan No. Rujukan Permohonan yang telah dibuat untuk memaparkan surat yang dikehendaki.