Skip to main content

πŸ“ Pengaktifan Tempat Kerja

πŸ“Œ Pengenalan​

Pengaktifan Tempat Kerja (PATK) merupakan sebuah proses yang membolehkan pemohon untuk mengaktifkan tempat kerja yang diingini di dalam akaun pengguna.

PATK Tahap 1PATK Tahap 2
Boleh melaksanakan semua fungsi dalam sistem MyKKP, termasuk:Hanya terhad kepada capaian fungsi-fungsi di bawah:
1. Semua dalam senarai PATK 21. Bil / Resit
2. Meluluskan permohonan PATK Tahap 2, termasuk membatalkan permohonan2. Pemberitahuan Pembaikan Loji (PBAIK)
3. Permohonan Status Kerajaan (PSK)3. Pemberitahuan Pembukaan Loji (PBUKA)
4. Pemberitahuan Status Loji (PSL)4. Permohonan Kebenaran Memasang Loji (PTI) dan Permohonan Pemeriksaan Permulaan Loji (PEMULA)
5. Permohonan Pemindahan Lokasi oleh Pemunya (PPLP) dan Permohonan Pemindahan Hak Milik oleh Pemunya (PPLHM)5. Permohonan Pemeriksaan Berkala Loji (PEKALA)
6. Pemberitahuan JKKP12 Kerja Pembinaan6. Basic Occupational Health Services (BOHS)
7. Pemberitahuan Tempat Kerja (PEMTK) dan kemaskini tempat kerja7. Kemalangan / Aduan
8. Notis / Surat Arahan8. JKKP5
9. Permohonan SOHELP9. MySKUD
10. Dan lain-lain

🧭 Langkah-langkah Pengaktifan​

Akses Halaman Log Masuk​

Klik pautan berikut: πŸ‘‰ Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP

  1. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  2. Klik butang Log Masuk.
ℹ️ INFO
  • Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
  • Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
  • Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini

Permohonan Pengaktifan Tempat Kerja​

  1. Laman Menu Utama akan terpapar seperti di bawah.
  2. Laman Menu Utama

    Laman Menu Utama

  3. Klik pada butang Profil Tempat Kerja pada menu sebelah kiri dan seterusnya tekan butang Pengaktifan Tempat Kerja (PATK).
  4. Halaman Pengaktifan Tempat Kerja akan terpapar.
  5. Senarai Tempat Kerja

    Senarai Tempat Kerja

  6. Klik pada tab Permohonan PATK.
  7. Isi No. Daftar Tempat Kerja pada medan ruangan Carian.
  8. Klik butang Carian.
  9. Klik pada butang Borang PATK Tahap 1 untuk memuat turun borang PATK Tahap 1.
  10. ℹ️ INFO

    Jika anda tidak dapat memuat turun borang melalui sistem, sila gunakan pautan berikut:
    πŸ‘‰https://mykkp.dosh.gov.my/manual/BORANG%20PATK%20TAHAP%201%20(NEW).pdf

  11. Lengkapkan borang PATK Tahap 1.
  12. πŸ’‘ TIP
    • Bahagian B hendaklah diisi dengan maklumat pemilik akaun MyKKP tersebut.
    • Bahagian C pula perlu diisi dengan maklumat majikan atau individu yang memegang jawatan tertinggi di tempat kerja berkenaan.
  13. Klik butang Mohon PATK selepas pengisian borang PATK Tahap 1.
  14. ℹ️ INFO

    Borang permohonan PATK Tahap 1 yang telah diisi perlu dimuat naik pada Tab 4: Dokumen Sokongan.


Penghantaran Borang Permohonan Pengaktifan Tempat Kerja​

Tab 1: Tahap PATK​

  1. Halaman Tahap PATK akan dipaparkan seperti di bawah.
  2. Halaman Tahap PATK

    Halaman Tahap PATK

  3. Klik butang radio Tahap 1.
  4. Klik butang Seterusnya.

Tab 2: Maklumat Am​

  1. Halaman Maklumat Am akan dipaparkan seperti di bawah.
  2. Halaman Maklumat Am

    Halaman Maklumat Am

  3. Semak maklumat yang dipaparkan.
  4. Klik butang Seterusnya.

Tab 3: Maklumat Tempat Kerja Yang Ingin Diaktifkan​

  1. Halaman Maklumat Tempat Kerja Yang Ingin Diaktifkan akan dipaparkan seperti di bawah.
  2. Maklumat Tempat Kerja Yang Ingin Diaktifkan

    Maklumat Tempat Kerja Yang Ingin Diaktifkan

  3. Semak maklumat tempat kerja yang ingin diaktifkan.
  4. Klik butang Seterusnya.

Tab 4: Dokumen Sokongan​

Tab 4: Dokumen Sokongan

Tab 4: Dokumen Sokongan

  1. Klik butang untuk memuat naik dokumen yang berkenaan pada medan bersyarat Wajib.
  2. Isi medan Diskripsi dan klik butang Choose File untuk memilih dokumen.
⚠️ AMARAN
  1. Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah mengikut format yang ditetapkan.
  2. Pastikan saiz dokumen tidak melebihi 20MB.
  3. Sila pastikan nama lampiran tidak mengandungi simbol. [Contoh: ! @ # $ % ^ & * ( ) - + dll...]
  1. Klik butang Simpan. Pop-up mesej berjaya akan dipaparkan dan klik butang OK.
  2. Dokumen yang berjaya dimuat naik akan dipaparkan dalam jadual Senarai Dokumen.
ℹ️ INFO
Bagi menghapuskan dokumen yang telah dimuat naik πŸ‘‰ Klik butang Hapus Fail pada Jadual Senarai Dokumen.
  1. Klik butang Tutup. Pada kolum Bil. Fail akan menunjukkan jumlah bilangan fail yang telah dimuat naik.
  2. Setelah selesai muat naik semua dokumen yang diwajibkan, klik butang Seterusnya.

Tab 5: Perakuan​

Tab 5: Perakuan

Tab 5: Perakuan

  1. Klik pada butang checkbox Perakuan.
  2. Isi maklumat pada medan ruangan yang berkaitan.
  3. Klik butang Hantar.
  4. Pop-up mesej β€œPermohonan Anda Telah Berjaya Dihantar! No. Rujukan Permohonan anda adalah ” akan terpapar.

Pengaktifan Tempat Kerja​

  1. Laman Menu Utama akan terpapar seperti di bawah.
  2. Laman Menu Utama

    Laman Menu Utama

  3. Klik pada butang Profil Tempat Kerja dan seterusnya pada butang Pengaktifan Tempat Kerja.
  4. Skrin Pengaktifan Tempat Kerja akan terpapar sperti di bawah.
  5. Senarai Tempat Kerja

    Senarai Tempat Kerja

  6. Klik pada tab Tempat Kerja Aktif.
  7. Pilih Kategori dan isi carian pada medan ruangan Carian. Klik butang Carian.
  8. Klik butang Carian.
  9. Klik pada butang Aktif pada tempat kerja yang ingin diaktifkan.
πŸ’¬
Pembantu MyKKP
Soal jawab dokumentasi
AI

Hai! Saya pembantu dokumentasi MyKKP. Tanya saya apa-apa soalan tentang sistem MyKKP.

Cuba tanya: