Skip to main content

📝 Pendaftaran Akaun MyKKP

📌 Pengenalan​

Pendaftaran akaun diperlukan untuk membolehkan pengguna mengakses sistem MyKKP dan membuat permohonan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

đŸŽ¯ Tujuan​

  • Membolehkan pengguna mencipta akaun sendiri
  • Menyimpan maklumat pengguna dalam sistem
  • Memberikan akses kepada fungsi permohonan

👤 Siapa perlu daftar?​

  • Individu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  • Pengguna baharu yang belum mempunyai akaun

🧭 Langkah-langkah Pendaftaran​

Akses Halaman Pendaftaran​

Klik pautan berikut: 👉 Daftar Akaun MyKKP

💡 TIP
Pastikan sambungan internet stabil sebelum memulakan pendaftaran.

Isi Maklumat Peribadi​

A. Maklumat Diri​

Halaman Utama Pendaftaran MyKKP

Halaman Utama Pendaftaran MyKKP

  1. Isi Nama Penuh seperti dalam kad pengenalan atau pasport.

  2. Pilih No. Kad Pengenalan / Passport dan masukkan nombor yang sah.
    Jika No. Kad Pengenalan dipilih, Tarikh Lahir dijana automatik. Jika Pasport, isi secara manual.

  3. Pilih Jantina, Warganegara dan Bangsa.

B. Maklumat Perhubungan​

  1. Isi Alamat Emel yang aktif dan isi semula emel pada Pengesahan Emel untuk pengesahan.
â„šī¸ INFO
Kod pengesahan akan dihantar ke emel yang dinyatakan di atas.
  1. Isi No. Telefon Bimbit yang aktif.

  2. Isi Emel Alternatif (Opsional) dan No. Telefon Rumah (Opsional) jika ada.

âš ī¸ AMARAN
Pastikan emel dan nombor telefon adalah betul untuk mengelakkan kegagalan pengesahan.
  1. Klik butang 👉 Seterusnya untuk meneruskan pendaftaran.

Isi Maklumat Alamat​

Halaman Alamat

Halaman Alamat

  1. Isi Alamat kedudukan / surat-menyurat (nombor rumah, nama jalan, dan kawasan).
âš ī¸ AMARAN
Poskod, Bandar dan Negeri tidak perlu diisi di medan ini.
  1. Isi Poskod yang tepat dan semak medan Negeri dan Bandar yang dipaparkan adalah berdasarkan maklumat Poskod yang diisi.
✅ DO
  • Poskod mestilah 5 digit
  • Pastikan padanan poskod dengan negeri & bandar adalah betul
❌ DON'T
  • Poskod yang tidak sah akan menyebabkan ralat sistem
  1. Klik butang 👉 Seterusnya untuk meneruskan pendaftaran.

Tetapkan Kata Laluan​

Halaman Kata Laluan

Halaman Kata Laluan

  1. Isi ID Pengguna mengikut tip dibawah 👇.
💡 TIP
  • Mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) huruf dan tiga (3) digit nombor.
  • Pastikan ID Pengguna anda tiada sebarang simbol.
  1. Isi Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
💡 TIP
  • Sekurang-kurangnya enam (6) huruf:
    • 1 nombor.
    • 1 aksara.
    • 1 simbol.

Pengesahan Akaun MyKKP​

  1. Klik butang Daftar, dan mesej berjaya akan dipaparkan.
Mesej Pendataran Berjaya

Mesej Pendataran Berjaya

  1. Semak emel dan klik pada link "Verifikasi Akaun MyKKP Saya" bagi pengesahan akaun.
💡 TIP
  • Jika tidak menerima emel, semak folder Spam atau Junk.
  • Jika masih tidak menjumpai, sila emel kepada MyKKP Nama Penuh, Emel dan No. IC anda.

🎉 Akaun anda kini sedia digunakan!

đŸ’Ŧ
Pembantu MyKKP
Soal jawab dokumentasi
AI

Hai! Saya pembantu dokumentasi MyKKP. Tanya saya apa-apa soalan tentang sistem MyKKP.

Cuba tanya: