Tempat Kerja Belum Berdaftar
đ Ringkasan Modulâ
Tempat Kerja Belum Berdaftar digunakan apabila pemohon ingin membuat permohonan yang melibatkan tempat kerja atau organisasi yang masih belum mempunyai nombor pendaftaran JKKP dalam sistem MyKKP.
Modul ini boleh digunakan dalam beberapa permohonan seperti:
| Kategori | Modul |
|---|---|
| Tempat Kerja / Kilang | Pemberitahuan Kemalangan (SKEM) |
| Tempat Kerja / Kilang | Pemberitahuan Aduan (SAD) |
| Tempat Kerja / Kilang | Notifikasi Kerja Bina (103) |
| Tempat Kerja / Kilang | Pendaftaran Tempat Kerja Lain Sektor (TKLS) |
| Tempat Kerja / Kilang | Pendaftaran Kilang Dan Jentera Baru (105KJ) |
| Orang Yang Kompeten (OYK) | Medical Surveillance |
Pendaftaran Tempat Kerja Belum Berdaftarâ
Akses Halaman Log Masuk MyKKPâ
Klik pautan berikut: đ Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Klik butang Log Masuk.
- Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
- Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini
Halaman Pemohonâ
Skrin Pemohon akan terpapar seperti di bawah.
Bagi modul Tempat Kerja/Kilang, klik menu Pendaftaran, Pemeriksaan, Pengujian Tempat Kerja/Kilang/Jentera atau menu Pemberitahuan Kemalangan dan Aduan.
Bagi modul Orang Yang Kompeten, klik menu Pendaftaran Orang Yang Kompeten.

Laman Pemohon
Pilih Kategori Permohonanâ
Halaman Sila Pilih Kategori Permohonan akan terpapar mengikut menu pilihan.
Klik pada mana-mana pilihan modul yang disenaraikan.

Halaman Sila Pilih Kategori Permohonan
Tempat Kerja / Kilangâ
| Kategori | Modul |
|---|---|
| Pemberitahuan Kemalangan dan Aduan | Pemberitahuan Kemalangan (SKEM) |
| Pemberitahuan Kemalangan dan Aduan | Pemberitahuan Aduan (SAD) |
| Tempat Kerja / Kilang | Pendaftaran Tempat Kerja Lain Sektor (TKLS) |
| Tempat Kerja / Kilang | Pendaftaran Kilang Dan Jentera Baru (105KJ) |
| Notifikasi Kerja Bina | Notifikasi Kerja Bina (103) |
Orang Yang Kompeten (OYK)â
| Kategori | Modul |
|---|---|
| Kesihatan Pekerjaan | Medical Surveillance (MS) |
Halaman Permohonanâ
Halaman permohonan akan terpapar mengikut modul yang dipilih.
Di bawah medan No. Pendaftaran JKKP, tempat kerja belum berdaftar boleh didaftarkan dengan klik pada butang Carian.
Pop-up Carian No. Daftar / Nama Organisasi akan terpapar.
Isi No. Daftar / Nama Organisasi pada ruangan yang disediakan.
Klik butang Cari.
Jika tiada rekod ditemui, ini bermaksud nombor daftar tempat kerja masih belum berdaftar.
Klik butang Daftar Baru untuk mendaftar nama tempat kerja.
Isi maklumat Tempat Kerja / Organisasi pada ruangan yang disediakan.
Selesaikan pengisian permohonan mengikut modul yang dipilih sehingga No. Rujukan dijana.

Halaman Permohonan

Pop-up Carian No. Daftar / Nama Organisasi
Hanya nama tempat kerja sahaja yang akan wujud dalam sistem pada peringkat ini. Tempat kerja tersebut masih berstatus belum berdaftar.
Penggunaan Semula Maklumat Tempat Kerja Belum Berdaftarâ
Tempat Kerja / Kilangâ
| Kategori | Modul |
|---|---|
| Pemberitahuan Kemalangan dan Aduan | Pemberitahuan Kemalangan (SKEM) |
| Pemberitahuan Kemalangan dan Aduan | Pemberitahuan Aduan (SAD) |
| Tempat Kerja / Kilang | Pendaftaran Tempat Kerja Lain Sektor (TKLS) |
| Tempat Kerja / Kilang | Pendaftaran Kilang Dan Jentera Baru (105KJ) |
| Notifikasi Kerja Bina | Notifikasi Kerja Bina (103) |
Orang Yang Kompeten (OYK)â
| Kategori | Modul |
|---|---|
| Kesihatan Pekerjaan | Medical Surveillance (MS) |
Halaman Permohonanâ
Halaman permohonan akan terpapar mengikut modul yang dipilih.
Di bawah medan No. Pendaftaran JKKP, klik pada butang Carian.
Pop-up Carian No. Daftar / Nama Organisasi akan terpapar.
Isi No. Daftar / Nama Organisasi pada ruangan yang disediakan.
Klik butang Cari.
Maklumat carian akan terpapar pada jadual Keputusan Carian No. Daftar.
Klik butang Pilih.

Halaman Permohonan

Pop-up Carian No. Daftar / Nama Organisasi
Maklumat Tempat Kerja Dipilihâ
Maklumat Tempat Kerja / Organisasi yang dipilih akan terpapar.
Selesaikan pengisian permohonan mengikut modul yang dipilih sehingga No. Rujukan dijana.
Selepas permohonan tersebut diluluskan, sistem akan menjana No. Daftar Tempat Kerja.
No. Daftar Tempat Kerja akan menjadi aktif dalam akaun pemohon.

Maklumat Tempat Kerja / Organisasi Dipilih